Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Hari-hari terakhir ramadhan

Sebagaimana yang kita tahu, 10 hari terakhir ramadhan merupakan hari-hari yang paling mujarab ataupun disuruh untuk beribadat dengan sepenuh hati. Kenapa? kerana malam lailatul qadar adalah berada pada malam-malam yang terakhir ini, malam yang mustajab doanya. Malam yang paling dinantikan dan ingin direbut oleh semua. Sesetengahnya ada yang menyebut malam tujuh likur. Apapun marilah kita sama-sama meningkatkan usaha kita untuk mendapat keampunan dan keredhaan Allah yang berlipat kali ganda pada bulan yang mulia ini. Ibarat dengan kata lain bulan yang diberikan promosi besar-besaran oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

dugaan seorang ibu

Bukan senang ntuk menjadi seeorang ibu. Bagiku teramatlah tinggi kesabaran yang perlu ada bagi seorang ibu. Memang menguji bila mana melayan kerenah anak lelaki berumur setahun lebih dan anak perempuan berumur empat tahun. Fuhh... kadang-kadang terlepas jua tamparan hangat di tubuh si anak. Barulah mereka terdiam seketika, menangis dan mendengar. Serangan mulut tak payahlah nak cerita, rasanya ibu-ibu sendiri sudah sedia maklum, bagaimana intonasi suara kita bila sikecil tidak mendengar arahan walau berulangkali dilarang. Seketika, bila memandang kembali wajah comel mereka ketika tidur yang masih tulus dan suci. Perasaan bersalah bertubi-tubi kembali menguji diri. Lantas ketika itu baru berfikir bagaimana caranya untuk menghindarkan kemarahan mendidik anak. Bagaimana ingin 'handle'kan hati dan perasaan serta diri untuk tabah, sabar dan tenang mendidik sikecil. Lantas terus fikiran melayang kepada mama yang mendidik kami seramai sebelas orang. Tuhan, sayangi dan kasihanila...

wrwhco

Akhirnya hari ini aku berpeluang untuk masuk ke office baruku. I am the boss and also a staff. Gembira? yes.. of course I do sebab aku dah capai separuh dari time freedom. Separuh lagi, masih belum capai dek kerana usaha kuat yang berterusan adalah perlu. Maklumlah everything will depend on me. Kalau aku tiada kes atau kerja, tiadalah pendapatan untukku... well i need to work harder...

my prince

Suka buli kakaknya, lagi kakaknya menjerit dan lari lagilah dikejar dan disakatnya. Emir, emir... you're my hero.

my princess

Petah berkata-kata sampai tak terjawab persoalan yang diutarakan. Kadang-kadang teramat berdikari sampai adiknya pun boleh dijaga. Tapi kadang-kadang teramat manja hingga adiknya boleh buli dia. Apapun izza batrisyia nilah anak sulungku... kan kakak?

body massage

Akhirnya aku ke spa daun lebar, bestnya dah lama tak ada orang urutkan badan macam ni. Siapa-siapa yang tengah mencari spa, tryla di sini pasti best. Tempatnya pun cantik, pandai owner spa ni mengubahsuai tempat ni. Aku mencuba pertama kali ni kerana ada promotion aidilfitri, RM99 untuk body massage, scrub dan milk bath.

Dedaun spa di taman equine spa untuk muslimah

Dah berzaman aku tidak berblog sampai blogku yang lama pun dah kulupa nama dan alamatnya. Tapi bila aku terbaca blog rahsia hati, rasa sejuk je dan timbul keinginan untuk berblog kembali. Maklumlah dulu masa bujang bolehla, sikit-sikit update. Sekarang masa banyak dihabiskan dengan kerja apabila di office dan putera puteriku apabila dirumah. Hummm harap-harap blog ni bertahan lama hehehe. Alkisahnya aku jumpa blog rahsia hati tadi sebab mencari spa. Tak tahan rasanya sakit-sakit badan dan letih yang berpanjangan. Rasanya sudah tiba masa aku mencari sesuatu untuk diriku, kebetulan dekat sangat Daun Lebar Spa ni dengan office baruku.