Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ustaz

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...

Tentang Hati

Masih lagi tentang 'hati'. Tak habis sampai bila-bila untuk bercerita tentang hati sebab hati anggota badan kita yang paling mulia. 'Hati' lah raja kepada anggota kita. Rosak hati kita, rosaklah segala-galanya. Pentingnya hati sebagai anggota badan kita yang tak boleh kita nampak tapi kita boleh merasai. Kita ada kesedaran untuk buat check-up anggota badan kita di hospital di klinik takut ada yang tak kena, tapi pernah tak kita sedar untuk buat check-up hati kita, sakitkah atau sihatkah? Apakah ubat hati yang paling mujarab? 'Bacalah al-quran', ubat yang paling bernilai untuk hati. Hanya dengan membaca al-quran hati akan tenang...

Cek-cek hati kita

Allahuakbar... baru lepas dengar tazkirah ustaz ebit lew. Terasa jahilnya diri, terasa berdosanya diri... sebab itulah ilmu punyai martabat yg tinggi. Setiap kali kita mendengar ilmu, setiap kali itu keinsafan dan kesedaran datang. Sebijik dan terasa setiap kata-kata ustaz terkena batang hidung. Hidup yg sentiasa mengharapkan penghormatan manusia.. Kita buat baik, nak harapkan terima kasih orang. Kita layan dan berhias utk suami sebab nak suami puji, kita masak sedap-sedap sebab nak orang puji masakan kita sedap, kita pakai cantik-cantik sebab nak orang tengok kita cantik. Allahu... sebaknya.. itulah diri kita yang sentiasa harapkan penghormatan manusia. Padahal setiap apa yang kita buat, harapan kita hanya sebab Allah. Buatlah sesuatu tu sebab Mengharapkan kasih Allah. Betullah apa yg ustaz cakap bila kita mengharapkan penghormatan manusia, kita akan stress, kita rasa sakit hati bila tak dapat. Bayangkan kita berhias cantik-cantik tapi suami tak nampak dan tak ...

Result kita cemerlang ke?

Alhamdulillah sempat dengar tazkirah ustaz auni mohamad tadi. Contoh yg cukup mantap untuk kita fikir-fikirkan bila bersendirian... muhasabah diri kita.. Anak2 yg nak exam kita selalu encourage mereka untuk baca buku dan buat persiapan sebaik-baiknya agar result nanti cemerlang. Calon-calon apa sekalipun, mentor? Clever girl? Imam muda? Akademi fantasia? Mereka semia berusaha sedaya mungkin untuk menang dan mendapat keputusan yg terbaik! Jadi mengapa kita yg mengharapkan keputusan syurga Allah nanti, kita yg mengharapkan pahala2 dan hidup yg bahagia di alam akhirat nanti tidak berusaha pun untuk mendapat result itu? bagaimana kita nak dapat result yg cemerlang di akhirat nanti kalau usaha kita hanya 10%? Macam mana nak dapat result cemerlang di akhirat nanti kalau kita langsung tak ulangkaji ilmu kita dengan mendengar ustaz2 dan org yg lebih tahu dari kita? Macam mana dan bagaimana kalau alquran pun sekali sekala kita baca sedang jawapan exam kita semuanya bergantung padanya? Jom ki...

Kesempurnaan itu hanya pada-NYA

Cinta dan kasih sayang ibarat nafas dalam kehidupan sehari-hari. Tiada kasih dan sayang ini, maka tiadalah manis dan pahitnya kehidupan. Andai tiada kasih ibu, rosaklah bangsa, hancurlah akhlak dan juga bermacam-macam kekejaman yg akan timbul, bayi-bayi merata-rata dibuang tanpa belaan. Andai tiada kasih seorang ayah, seorang kawan, seorang jiran, seorang kakak, abang, sesama muslim dan manusia... maka akan hancurlah seluruh kehidupan manusia. Tetapi kerana kasih sayang, terbentuknya segala-gala hari ini dan kita juga dicipta dgn adanya kasih sayang dalam diri. Hebatnya Allah.. Namun, kepincangan kasih sayang sayang itu tetap ada... ya, kita hanya manusia. Manusia yang jika kuat ilmu agama dan kasih sayangnya pada Allah, nescaya rendahlah peratus kepincangan itu. Tapi andai kita hidup di sini hanya meneruskan hidup tanpa matlamat dan tujuan, tanpa kasih dan cinta kepada pencipta... itulah dia kepincangan yg kita lihat di mana-mana. Masih ada kasih sayang, cuma tidak disal...

alfatihah untuk tok guru nik aziz

Ya Allah ampunilah dosa-dosanya... masukkan insan mulia ini ke syurgaMu Ya Rabb! Gugur jua air mata menerima khabar ini... teringat detik pemergian ayahanda dahulu. Seolah-olah masa itu diulang kembali.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dengan kehebatan akhlaknya menempuhi liku-liku hidup yg begitu mencabar kerana ISLAM... Allahuakbar!!! Sebaknya... teringat tiba2 lirik lagu siti nurhaliza untuk tok guru, bertambah sebaknya... hilangnya 'permata' yg tiada galang gantinya. Tenanglah, damaila tok guru di sana... insyaAllah insan sepertimu tidak akan putus doanya dari setiap insan yg mengenalimu.