Skip to main content

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman

Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran..
Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah.
Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai.
Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini..
Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..


Kelas tiktok cikgu dzul



Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Merasai salji di snow walk icity

Haaa... siapa yang nak merasai macam mana salji jom ke i-city. Walaupun tak ada lah orang cakap sama pun tapi bolehlah untuk merasai suasananya. Memang sejuk ggggrrr... masuk dalam tu sekejap pun tak tahan. Boleh meleleh air hidung hahaha... cantik kat dalam ni salah satu terowong yang ada dalam snow walk ni ni lepas keluar sejukkkk... posing lu sebelum join tempat lain pula Then teruskan perjalanan ke trick art museum pula. Sebelum ni dah pegi, tapi ni kita bawa acu, cik bie dan adanish pula k. sempatlah posing masa ni sebab orang belum ramai Lepas tu kami ke bahagian space pula... apa namanya dah lupa. Ohh namanya Space Mission. bolehlah nak kenal-kenal matahari dan bulan-bulan dan apa-apa berkaitan space ok. cantik pula macam kat mana-mana ntah hahaha nampak kat belakang tu ... betul-betul kat space hahaha

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...