Skip to main content

Posts

Showing posts with the label alamanda

Vkids club kali ini

Kali ni kami tak sempat nak catch up apa programme vkids. Tau2 dah abis haha... sempat merasa satu mainan je yg bola kampung. Anak-anak ambil bahagian utk sepak bola masuk dalam mana2 lubang yg disediakan macam gol la... dan akan dapat hadiah saguhati walaupun tak masuk gol. So anak2 yg berani sila beratur ye! ok senyum... ok ready kak... ala tak masuk la bang...

Vkids alamanda datang lagi

Biasalah setiap kali cuti sekolah, akan ada program yg akan dianjurkan oleh vkids club alamanda. Abang (dah naik taraf sejak ada adik baru hihi...) dan kakak suka sangat ikuti progress vkids, sebab ini sahaja program cuti sekolah yg ada di alamanda.  Dulu masa ada pusat mainan macam molly fantasy boleh gak main, sekarang yg ada hanya bowling dan cinema. Bagus juga kalau ada playground macam molly fantasy n kidzoona sebenarnya di alamanda ni tapi entah bila akan ada. Ok kali ni vikids datangkan kucing2 yg comel utk tatapan adik2. Jom main dengan kucing... meaaaawww!!!

Cafe bowling alamanda

Banyak sebab kami memilih utk lunch di sini hari ni. Kami tak main bowling pon.. tapi tetap pilih cafe bowling alamanda di putrajaya. Pertamanya dulu pernah order makanan sambil main bowling, not bad... nasi goreng sedap. Keduanya, memang tak ada orang kat kafe ni, yg order mungkin yg main bowling tu la dan staff kat situ. So bole lepak lelama tapi kena tahan sejuk sebab aircond memg kuat dan juga kebisingan bowling di sebelah. Ketiganya, bila masuk waktu... terus bole solat sebab ada surau kat bowling ni. Dan yg terakhir sebab kami dah beli tiket movie BFG (BIG FRIENDLY GIANT) yg baru ditayangkan, kafe ni sebelah gsc je. Senang dan dekat nak menapak. Maklumlah bila dah due date makin dekat, otak ligat fikir segala macam strategi yg boleh kurangkan keletihan seminima yg boleh hihi... Dah banyak kurangkan outing actually, tapi hujung minggu mcm ni, keluar sekejap kuarkan peluh dan bawak jalan anak2. Kang bila bersalin, mereka pun semestinya berpantang sekali dari outing2 nih hihi...

Jalan-jalan di alamanda putrajaya

Tetiba rasa nak bercerita pasal alamanda. Manalah tahu ada yg dapat manfaatnya kan. Tapi as usual, pasti saja postku tak panjang dan ringkas saja. Kerap sangat berkunjung ke alamanda ni, aktiviti kami yg utama tengok movie kat gsc hihi.  Ada je cerita menarik untuk budak berdua ni, laju je ke alamanda. Rasa cam selesa ke sini sebab tempatnya tak seluas ioi city mall dan midvalley dan dekat dgn rumah haha.. Kali ni kami main bowling je dan lepak kat food court 'RASA' sebab tak ada movie yg menarik. Ini 2 minggu lepas layan ice age Hari ni punya gambar, ayu main bowling sebab dari open house haha.. Ini gambar lama tapi tempat yg sama di bowling alamanda Masa ni boboiboy the movie Yg ni pulak movie the boy...

The cutest petting zoo

Yeay! Dah naik nama kat dlm instagram menang contest 'the cuttest petting zoo'... seronok kakak dgn adik. Yelah model utama dalam contest ni hihi.. memandangkan alamanda ni tempat utama kami habiskan masa cuti kami, tak lepaskan peluang lah utk ke petting zoo yg dikelolakan oleh vikids club setiap kali cuti sekolah. Alhamdulillah, dapat voucher mph.. dah nak abis pun.. masing2 dah dapatkan buku kegemaran. Apapun tq vikids club alamanda!!

Vikids alamanda putrajaya

Penghujung cuti sekolah, tapi masih sempat bawa budak berdua ni habiskan cuti mereka dengan kenangan manis, cheh! Tapi cuti sekolah kali ni kami hanya ke tempat-tempat yg dekat je.. maklumlah ekonomi merosot. Ikutkan macam tak mampu dah nak bercuti tapi demi anak-anak usahakan jugak. Ok, vikids club ni club utk kanak-kanak dari alamanda putrajaya. Actually, banyak juga kelebihan untuk anak-anak bila cuti sekolah, bole join aktiviti yg mereka buat.. cuma rasanya vikids ni tak buat promosi yg lebih mantap kot so macam ramai tak tahu. Bila cek kat fb dan internet pun macam tak berapa memberangsangkan. Mungkin mereka boleh kembangkan lagi cara pendaftaran online ke or bagi informasi yg lebih untuk club ni. Sekarang ni, ingat nak renew kad bebudak ni tapi macam susah plak sebab lack of info kat mana dan bagaimana huhu... Anyway, yg penting kids have fun! Tq to vikids club alamanda! Inilah mini petting zoo Kakak cukup suka utk ambil peluang ni.. ...

Vikids Club Alamanda datang!

posing Jom ke Alamanda putrajaya lagi. Seronok budak budak ni melukis dan mewarna. Walaupun aktiviti yang biasa tapi berfaedah dan anak anak seronok. MMM, mak ayah pun tumpang seronok sekali. Jom beramai ramai ye. Layan gambar kat bawah ni... cantiknya anak anak warna comelnya... seronoknya...  Lepas mewarna tadi, kita sambung tengok movie pula ok, jom gsc... layan spongebob

How to train your dragon?

Movie animasi yang sangat best untuk ditonton dengan anak anak dan keluarga. Mama pun dah terikut ikut, cerita animasi dah jadi favourite mama. Apa yang penting cuba bercerita dengan anak anak pengajaran di sebalik sesuatu cerita tersebut. So at least tak adalah sekadar menonton dan tak tahu apa yang perlu dicedok dan apa yang tidak boleh ditiru.  Well, walaupun ianya fantasi je.... sedih pun ada ye. best! Apa yang menarik, walaupun dragon ni bukanlah haiwan yang senang nak bunuh atau apalagi nak dekat macam haiwan peliharaan tapi jika kena dengan teknik dan ada ilmu menjinakkan... tak ada yang tak bolehkan.  Dalam hidup kita, jangan sekalikali putus asa, jatuh.. bangun, jatuh, bangun lagi... timba ilmu lagi dan lagi. tiada yang mustahil jika sentiasa menuntut ilmu dan belajar apa yang kita nak capai. InsyaAllah, Allah akan tolong...  main character dalam movie ni 'hicup' seksinya dik! amboih kakak posing...

Club untuk anak di alamanda putrajaya

mari menconteng batik Ada club untuk kanak kanak di Alamanda Putarajaya. Untuk ibubapa yang tak tau nak buat aktiviti apa pada musim cuti sekolah, boleh bawak anak ke sini. Biasanya vikids club ni akan buat aktiviti dan program sempena cuti sekolah. So tak adalah anak boring sangat kalau tak bercuti ditempat jauh pun kan. Aktiviti kali  ni yang sempat diikut adalah menconteng batik... wah kecikkecik dah pandai ye. best!

Jom Bowling di Alamanda

Bagi yang kat area Alamanda, bowling kat sini sudah tak asing lagi. asyik ramai je orang.. tempahan untuk company biasanya lagila... Ok mari  kita tengok sikecik berdua ni berbowling hihi... untuk anak-anak macam biasalah longkangnya ditarik penghadang so tak adalah memanjang je masuk longkang ye dik. macam ni dik wuwii... larat ke dik angkat bola tu... yeay! dah abis bowling lepak jap kat tasik sini ye...

pokok christmas dan pretzel aunty ann

Hujung minggu yang menjadi kerutinan kami ialah kelas renang. So lepas saja swimming, alamanda yang paling dekat untuk mengisi perut. Apalagi jommm... laparnya setelah penat berenang.   happy lepas swimming Sampai saja di Alamanda, suasana berkerlipan dengan lampu-lampu dan juga pokok krismas. Mmm, krismas nak dekat kan. Aku tak delah kata nak beraya sekali or nak menyokong, cuma aku ni tak bole tengok benda yang cantik-cantik mesti nak amik gambar. Biasanya yang jadi model aku siapa lagi kalau tak anak-anak. hahaha... besar pokok krismas ni hai kakak nak tido ke? cek tul ke ada hadiah dalam tu.. Lepas berposing di kawasan tengah alamanda ni, terus kami grab 'pretzel aunty ann'... nyum!nyum! best sangat sebab tengah lapar dan memang favourite kami yuhuu. Ica makan yang hotdog tapi separuh mamanya habiskan sebab tiba-tiba aku rasa hotdog pretzel ni best gile, dengan cheezenya fuuhhh. Pretzel stik dibaluti choclate... fuuhhh best wei. Tapi time panas je...