Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ibu

Bila ibu beremosi..

Kenangan bersama bonda tercinta Salam tahun baru 2017... persekolahan anak yg baru bermula. Ibubapa kelam kabut menyusun jadual anak dan juga mereka sendiri. Mana yg sekolah sesi pagi dan mana pula yg sekolah sesi petang. Bila pula sekolah agamanya, di mana untuk transit anak2 sebab ibubapa kerja.  Masa awal2 ni lah sedikit sukar untuk mencari rentak baru kehidupan baru anak2... nak2 yg baru mula sekolah tahun 1. Melihat anak yg paginya ke sekolah agama, balik tukar2 baju terus ke sekolah kebangsaan (sesi petang)... maghrib baru sampai rumah.. malamnya usai solat maghrib, ada pula kerja sekolah utk dibuat sebelum tidur. Rasanya masa untuk berbual2 dan main2 dgn adik2 dah berkurangan... Mama yg melihat, memerhati dan berbicara sepi.. terasa penatnya badan si abg 7 tahun, begitu juga kakak 10 tahun. Budak2 sekarang dari pagi sampai malam sekolah.. krik! Krik! Mesti ibu2 pun ada yg berperasaan begini kan, sayu hati melihat anak2. Yela kita dulu2... petang2 dah bole ma...

Kg Telaga Lanas

abah tercinta Terasa lainnya kali ini bila kukembali ke kampung. Ntahlah tapi hatiku terdetik.. kali ini pulangnya diriku terasa lebih bermakna. Terasa makin dekat dengan kedua orang tuaku. Mungkin kerana kesedaran yang kurasakan sebelum ku pulang ke kampung, berapa sangatlah duit yg ku keluarkan untuk tiket 'flight' ini berbanding pengorbanan kedua ibu bapaku. Apalah sangat masa kerjaku kuhabiskan untuk bersama mereka berbanding masa yang mereka habiskan demi membesarkan diriku. Mungkin kerana niatku yang berlainan kali ini, maka terasa kelainannya kali ini. Sebelum ini jika di kampung aku asyik dengan kegiatan sendiri, asyik dengan pc dan asyik dengan melayan kerenah anak-anak, sedang pulang aku kali ini, sebanyak mungkin aku menghabiskan masa dengan ibubapaku. Sebanyak mungkin kucuba untuk bertukar-tukar cerita... mungkinlah ini sebabnya, selebihnya aku rasa bahagianya lebih dari biasa. Sejuk, sesejuk musim hujan yang menyelubungi kampungku di musim tengkujuh...