![]() |
abah tercinta |
Terasa lainnya kali ini bila kukembali ke kampung. Ntahlah tapi hatiku terdetik.. kali ini pulangnya diriku terasa lebih bermakna. Terasa makin dekat dengan kedua orang tuaku. Mungkin kerana kesedaran yang kurasakan sebelum ku pulang ke kampung, berapa sangatlah duit yg ku keluarkan untuk tiket 'flight' ini berbanding pengorbanan kedua ibu bapaku. Apalah sangat masa kerjaku kuhabiskan untuk bersama mereka berbanding masa yang mereka habiskan demi membesarkan diriku.
Mungkin kerana niatku yang berlainan kali ini, maka terasa kelainannya kali ini. Sebelum ini jika di kampung aku asyik dengan kegiatan sendiri, asyik dengan pc dan asyik dengan melayan kerenah anak-anak, sedang pulang aku kali ini, sebanyak mungkin aku menghabiskan masa dengan ibubapaku. Sebanyak mungkin kucuba untuk bertukar-tukar cerita... mungkinlah ini sebabnya, selebihnya aku rasa bahagianya lebih dari biasa. Sejuk, sesejuk musim hujan yang menyelubungi kampungku di musim tengkujuh ini.
Comments
Post a Comment