Skip to main content

Regency PD yang tidak memuaskan hati

Lama jugak aku bercuti, meninggalkan opisku huhhuhu. Selepas meninggalkan limastiga dengan berat hati aku ke rumah adikku menemui abah dan ma yang datang ke KL. Hehehe, maklumlah cuti sekolah, adik-adikku seramai 9 orang semua ada di sini kecuali adik munir yg jauh diperantauan. Kami semua merinduimu....

So, kami bercadang untuk menghabiskan dua malam tiga hari di Regency PD memandangkan tempat lain banyak yg penuh dan kekurangan bilik utk keluarga besar kami.

First time dalam hidup aku menunggu selama sejam setengah untuk check in pada pukul 3.40 petang. Huh, dahla penyambut tetamunya tak berbudi bahasa sangat, lagi panas hati kami. Datang nak check in rasanya dah lambat tu, biasa org check in kul 2, pun sama. Servis yang amat teruk. Swimming pool pon mmmmm kurang selera tengok. Rasanya dua kali ganda elok di Corus Paradise.

Pengalaman yang sukar untuk dilupakan menginap di sini. Walau bagaimanapun, biasalah yang penting dengan gelak tawa dan sorakan adik-adikku yg ramai ini, memujuk hati masing-masing untuk bergembira. Bersukaria dengan banana boat, jet ski dan juga boat yg bulat tuh. aku pun lupa namanya.

Lebih-lebih lagi dengan santapan paling best yang disajikan oleh 'nasreen songkla'... fuhhhh, kami akan datang lagi ke restoren ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...