Skip to main content

Bercuti di langkawi (Awana Porto Malai)

Ok, lepas lepak di dataran, kami terus check in. Lagipun dah penat dan dah kul 10 malam pun. Rugi plak rasa check in malam padahal kita bayar dari kul 2 petang. Well nak buat camana dah sampai pun malam. Rupa hotel ni memanglah cantik sebab tepi laut kan. Malah banyak sangat kapal-kapal yang begitu ekslusif gitu. Pemandangan laut dari hotel ni amat cantik. Memang tak dapat disangkal dan inilah bukti kekuasaanNYA.

Bagi yang ingin melihat pemandangan hotel awana ni, aku ada tepek banyak gambar kat sini walaupun tak adalah kesemua sisi hotel aku sempat ambik. Tapi rasanya bolehlah nak tengok gambaran awal.

inilah dia hotelnya

ini lorong ke bilik-bilik

ini pandangan bilik dari katil

dua katil queen

huhuhu tak ada balcony (garden view)
dekat lif menghala ke bilik

lorong untuk ke lobi
lobi hotel

lepak jap
Yang kat bawah ni plak pemandangan belakang hotel yang mengadap laut. Kiranya kalau ambik bilik seaview cantik sangatlah pemandangan yang dapat dilihat. Nak kata mahal, mahal gakla harga bilik nak dibandingkan dengan kualiti bilik. Hotel staff oklah, ada yang peramah dan membantu. Kalau nak complain banyak yang boleh complain sebab masuk je bilik bau hancing sebab toilet tak dicuci lagi, sampah penuh bakul. Tapi lepas aku call, diorang cepat datang bersihkan. 

pemandangan malam belakang hotel

pemandangan tepi laut menghala ke kafe dan swimming pool

signboard hotel

salah satu pemandangan dari hotel mengadap laut
ini pula kafe hotel -having breakfast

gaya bebas budak tak mandi

kelakarnya dik
cantik kan pemandangan laut ni...
Untuk anak-anak tentunya seronok sebab swimming pool hotel ni amat cantik. Ada slide dan juga cendawan hujan (lebih kuranglah ye namanya). Bagus gak pool ni sebab untuk kanak-kanak ada dua jenis kolam, satu untuk baby dan kolam lagi satu sedikit dalam untuk kanak-kanak yang besar. Tapi kolam dewasa tak berapa bersih sebab aku masuk dalam, berenang kelam je tak berapa nak nampak, kuikui...

pandangan jauh kolam

yuhuu bestnya..

seronoknya
ada slide

seronok swimming

cepat dik!
Adik dah independant

kakak pun dah ada peningkatan, good!
 Rasanya nak banyak tul aku letak gambar hehehe.. sarapan kat sini tak berapa menarik. Breakfast paling menarik seingat aku kat hotel pulau redang (tapi lupa hotel apa, soriii). Anyway, overall hotel ni oklah. Tak teruk sangat dan tak delah best sesangat. Medium je k. Ok jumpa lagi di next episode.

budak sejuk

Comments

  1. kakak is wearing gown that given by me! auww! how cuteee!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...