Skip to main content

Mendidik anak


Sedih melihat sifat kebinatangan seorang bapa tiri yang mendera anak tirinya yang hanya berumur setahun (jika tak silap) sehingga meninggal yang dipaparkan di tv baru-baru ini. Apalah yang dia tahu, dia hanya seorang budak.. budak yang masih tidak faham apa-apa selain dari keseronokan bermain. Aku sempat melihat rakaman video yang ditunjuk di tv. Sungguh memang aku tak sanggup melihat lama... dan aku juga rasa turut berdosa kerana pernah memukul anak-anakku time aku stress dulu.

Mungkin usia juga menjadi punca, semakin kita melewati usia semakin kita akan sedar betapa bodohnya segala tindakan kita dahulu yang terlalu mengikut perasaan amarah. Sedang sepatutnya hanya istighfar yang perlu meniti bibir kita  saat itu. 

Memang benar tugas ibubapa untuk membesarkan dan mendidik anak bukanlah tugas yang mudah. Malah menguji kesabaran yang amat kuat. Sedang sebagai ibubapa, kita juga menghadapi masalah lain di luar sana. Tetapi perlukan anak yang menjadi mangsa? budak yang tidak bersalah langsung, even bagaimana hyper-activenya dia, ada cara untuk kita menanganinya. Ya, dengan kesabaran dan ilmu. Bukan membuta tuli, buat anak dan mendera (ohh aku tak tahan!)

Aku mengingatkan diriku sendiri juga yang mempunyai anak kecil yang perlukan kasih sayang kita sepenuhnya, bukan jerkahan, bukan tengkingan dan juga bukan pukulan.... (huhuhu, sedihnya mengingatkan tanganku juga pernah pedih dan panas suatu ketika dulu memukul kakak) Ampunkan aku Ya Rabb... kerana mengikut amarah yang menguasai diri.

Marilah kita sama-sama memuhasabah diri kita sendiri, ikutlah cara rasul kita mendidik anak-anak... anak yang berusia 6 tahun ke bawah adalah anak-anak yang memerlukan kasih sayang sepenuhnya. Tiada pukulan malah tiada tengkingan yang sepatutnya diterima. Aku ingin kongsikan ilmu ini yang dicedok dari blog kawan kita http://sozcyili.blogspot.com


Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah : 

Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Merasai salji di snow walk icity

Haaa... siapa yang nak merasai macam mana salji jom ke i-city. Walaupun tak ada lah orang cakap sama pun tapi bolehlah untuk merasai suasananya. Memang sejuk ggggrrr... masuk dalam tu sekejap pun tak tahan. Boleh meleleh air hidung hahaha... cantik kat dalam ni salah satu terowong yang ada dalam snow walk ni ni lepas keluar sejukkkk... posing lu sebelum join tempat lain pula Then teruskan perjalanan ke trick art museum pula. Sebelum ni dah pegi, tapi ni kita bawa acu, cik bie dan adanish pula k. sempatlah posing masa ni sebab orang belum ramai Lepas tu kami ke bahagian space pula... apa namanya dah lupa. Ohh namanya Space Mission. bolehlah nak kenal-kenal matahari dan bulan-bulan dan apa-apa berkaitan space ok. cantik pula macam kat mana-mana ntah hahaha nampak kat belakang tu ... betul-betul kat space hahaha

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...