Skip to main content

Bercuti di langkawi (part 1)


Kami seronok kerana berkesempatan bercuti di langkawi. Seronok... tapi tak cukup masa kerana kami hanya di sini selama dua hari. Island hoping pun tak sempat. Tapi kami tetap seronok, lain kali jika berkesempatan masa dan wang, insyaAllah akan datang lagi untuk mereleasekan stress dan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Dah banyak cerita tentang langkawi sebenarnya, kalau di google macam-macam cerita dan pengalaman yang akan anda temui tapi ini cerita dan pengalaman kami. Sebenarnya takla dirancang sangat pada awalnya, just that en suami tengok tiket airasia murah dan terus tempah. Selainnya, kami cari-cari kemudian termasuk hotel dan juga kereta sewa. Dah banyak juga membaca pengalam-pengalaman kawan-kawan bloggers yang lain ke langkawi so, dapatlah membantu. Hotel kami booking melalui booking.com, awana porto malai dan kereta sewa pula kami tempah melalui alfalah. Takut juga sebab sekarang musim cuti sekolah, sekali bila dah sampai ke sana, baru nak tempah, nahas kotnya yang menunggu. So kami dah siap awal-awal. Cuma yang menjadi terkilan sedikit la kan sebab kami dah tempat dua malam di hotel yang sama, rasanya lagi elok kalau menempah dua hotel yang berlainan di lokasi yang berlainan mungkin sedikit menarik. Itu kalau tak membebankan la kan. Ada orang dah malas nak kemas barang pula dan check out, itu pun ambil masa gak.

Kami bergerak dah petang, naik flight kul 4.20 petang, maklumlah ini je yang murah, yang lain dah mahal. So sampai kat sana pun dah kul 5.30 petang pada 12/12/2012. Tarikh cantik tu tau.. sepanjang perjalanan hujan, bernasib baik sangatlah tak teruk sangat dan kapal pun tak bergoyang sangat. Kids pun ok dan happy je. Tapi separuh jalan cuaca dah ok. Sempat rakamkan keindahan ciptaan Tuhan di awan biru...

emir dan isya seronok baca majalah

hujan

awan gelap

subhanallah

indahnya
 
Sampai saja di airport, terus call en shon untuk kereta sewa. Ok, berpuashati dengan alfalah rental sebab kereta pun ok dan cun. Harga lebih kurang sama je untuk waktu 'peak' ni so, RM150 sehari untuk nissan sentra ok rasanya. Lepas ni kalau datang ke langkawi. company yang sama kami akan pilih untuk sewa kereta.

tunggu bagasi

isya yang excited

inilah sentra yang disewa
Masa amik kereta tadi sempat tanya en shon restoren yang best dan lokasinya. So kami pilih Retsoren  Hj Ramli di pantai cenang sebelum sampai ke Awana Porto Malai. Sebelum ni pun pernah baca dari blog lain yang restoren ni memang best. Memang pong, sesuai dengan tekak kitorang hahaha... walaupun butter prawn dia pelik rupanya tapi best! Anak-anak suka telur yang menyelaputi udang tu. Ayam gajus dia pun sangat sedap. Sebab tu lah sepanjang 2 hari di sini, kami hanya singgah makan di restoren hj ramli ni hehehe... lagipun dekat dengan pantai dan kedai-kedai untuk beli cenderahati. Kita sambung pula part 2 ok.

inilah restoren hj ramli
butter prawn yg menawan hati

Ayam gajus dan kailan ikan masing

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...