Pun di pantai ni, aku tak mandi gak sebab dah petang sangat, aku ni kalau sekejap je, mmm baikla tak payah. Nak tukar baju pun dah amik masa. So layan je diorang mandi. Lagipun kalau aku mandi siapa pula yang nak tengokkan beg duit, kamera dan lain-lain barang ni.
Ramai orang kat pantai ni, masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Yang dapat aku perhatikan, mandi-manda di pantai ni sebenarnya seronok ramai-ramai dengan keluarga. Gurau senda dengan ketawa tatkala ombak menolak diri masing-masing, semua wajah mempamerkan senyuman dan juga ketawa..
 |
tinggal saya sorang, kakak dah mandi |
 |
budak berdua ni tak lepaskan peluang main pasir |
 |
cantik pemandangan sunset |
Comments
Post a Comment