Skip to main content

Aktiviti hujung minggu

Hari ni kiranya dah janji ngan anak-anak nak jogging. Tapi terbangun lambat, almaklum mamanya cuti solat. So siap-siap dengan membeli sarapan lagi, kul 9.45 pagi baru sampai di taman tasik cyberjaya. Anak-anak siap berkasut tapi mamanya tertinggal kasut so, jalan-jalan jela. Kononnya bawalah sekali kamera tuk snap gambar bebudak ni main dan pemandangan indah permai ni tapi boleh pula tertinggal memory card. Aduyai, guna jela kamera sII ni tapi baru perasan gambarnya bole tahan huhuhu. Yelah nak dibandingkan dengan dslr yang memang cun gambarnya biar bergerak sekalipun tapi not bad dengan kamera henpon nih... 

panjat dik

heyaaa

macam terlebih muatan je kakak

Suka sangat berpeluang berpagi-pagi di taman ni, walaupun agak panas sedikit, tapi angin paginya masih terasa... Hoho sempat berjalan sekitar taman yang sememangnya amat luas dan juga mempunyai playground yang amat besar. 

kawasan yang damai

slide yang besar

tenang dan damai

ada pulau lagi 'wind shime'

kakak dan adik

Dalam kul 11 kitaorang dah sampai rumah untuk siap-siap ke sekolah kakak pula. Hari ni Genius Aulad bandar putra permai buat open day, so haruslah aku nak setelkan segala bayaran sebelum start sekolah on 7/1/13 nanti (kalau tak silap aku). Sampai saja di genius aulad yang belum siap sepenuhnya itu, emir dah tertidur. Dah penat main tadi dan agak awal bangun hari ni. So aku tinggalkan dia dengan maid kat kereta sementara aku dan kakak naik atas. Dah selesai buat bayaran, uniform kakak yang bersaiz L sudah habis. So next meeting teacher moza akan bagi. Isya sempat serahkan tulisan tangannya 'our du'a for friends in gaza' kepada teacher sebagai sokongan kepada saudara islam kita di sana. Good kakak! 

Then kami balik rumah untuk rehat sebelum attend swimming class pula di precint 16. Haha.. Masing-masing macam penat so kul 3.45 petang baru gerak ke sana. Oklah sempat lagi masuk kolam kul 3.16 petang. Hari ni kakak isya bagus sangat sebab ikut arahan teachernya. Tak macam sebelum ni, ke kelas je, ikut moodnya nak belajar or tak. Tapi oklah, nasib baik cikgu latifah dah pesan awal-awal, tak payah kira hari yang dia tak belajar tu. Cuma bayar hari yang dia betul-betul ikut kelas. Tq cikgu. Emir pun biasa-biasa saja, nak tak nak je ikut apa yang teacher cakap huhuhu... 

adik dah bising kakak tak mau naik lagi

keep it up kakak

yuhuu

kakak pakai belt pelampung haha

tergelak dengan keletah kakak

kakak buat lawak

makan dik...


Dah penat swimming selama sejam lebih, minum sekejap di kafe. Hujan renyai-renyai masa ni, so kelas pun cepat habis hari ni untuk sesi 4-5 petang. 

Our next destination, huhu saja ajak bebudak ni posing kat wetland or taman rekreasi pusat air (betul ke aku tulis nama tempat ni...). Seronoklah diorang bole main-main bawah hujan yang sedikit itu. Tapi pakai raincoat ok... Kalau dalam gambar, macam langsung tak hujan je hehe. Cantik tempat ni, dengan rumputnya yang kehijauan selepas dibasahi hujan... Angin sejuk. Well, really like suasana ni tapi sekejap je singgah. 

ye posing ye


kakak dan boboi boy

adik pun ada boboi boy

apa yang kelakar tu dik?

mama paksa duk situ

hehe nampak ke dik?

bulatnya ica

amboi...


cantiknya kat sini. Kalau nak berposing datangla sini...

Budak-budak dah muncung sebab tak puas lagi jalan kat situ. Kebetulan pula masa nak naik kereta si kecik emir menuding jarinya ke arah tayar belakang kereta yang sudah pancit. Ya Allah, nampak sangat aku ni tak aware dengan keadaan kereta masa 'driving' huhuhu... Nasib baik adik tunjuk, thanks to u. 

Terus balik hantar diorang yang kepenatan ke rumah dulu... Then terus memandu ke my favourite workshop. Sib baik RM5 je. Memang murah sangat sini, sebab tu aku suka.. Malamnya, masak je yang ringkas dan merehatkan diri. Tapi dah kul 11.46 malam pun, budak berdua ni belum tidur huhuhu.. Aduila.. Dah puas memujuk, tak makan saman.


Last but not least, kakak yang susah nak tido...


Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...