Skip to main content

Posts

Showing posts with the label school

Anugerah cemerlang 2016

Penutup tahun 2016 biasanya akan diadakan anugerah cemerlang untuk meraikan kejayaan murid-murid dan beri semangat dan suntikan kepada mereka untuk terus melebarkan sayap. Tentu ibubapa sangat terharu bila melihat anak naik ke pentas menerima hasil usaha sepanjang persekolahan 2016. Malah untuk ibu yang beremosi sepertiku, bergenang air mata terharu.. biasalah mak-mak ni perasaan dia lebih sikit dari ayah-ayah. Ajarilah anak untuk bersyukur, kerana kejayaan ini adalah dari Allah jua.. ucaplah kata-kata manis untuk anak-anak dengan kejayaan mereka. Moga -moga mereka berasa dihargai dan disayangi. Tetapi jangan pula mencerca dan memarahi anak-anak yang tidak berjaya seolah-olah mereka tiada harapan lagi untuk berjaya sedang ini hanyalah lapangan kecil dan tempat untuk bertatih. Jika solatnya cukup, akhlaknya terpuji dan tidak pernah berkasar dengan kita itu sudah cukup untuk dibanggakan dan diberi pujian kerana matlamat kita yang sebenar hanya DI SANA... tapi bukan j...

Cara ikat tie sekolah

Salam ibu-ibu... cerita lucu kali ini sebab anak yang tahun 1 dah dapat tie sekolah. Tie yang dah ada tali kecil yang terus zap je kat kolar baju. Tapi still kalo tak kemas nak juga betul-betulkan. Sekali bila dah dibuka ikatan, tak pandai nak ikat balik hahaha... sudahnya di google dalam kelam kabut anak nak ke sekolah tak jumpa-jumpa. Yang jumpa hanya ikatan tie biasa yang terus pusing kat leher tu. Hah sudah! So terpaksalah anak ke sekolah dengan ikayan yang tak kemas di reka sendiri oleh mama huhuhu... Balik sekolah anak cakap kena tegur dengan cikgu ala-ala garang. Mak aih, darjah 1 pun nak marah bagai ke. Oklah think positif... mama pun sekali lagi menggugel dan cuba buat... try & error tapi masih juga tak jadi huhuhu... Akhirnya cuba gugel lagi dengan english wording... akhirnya dapatlah dari satu website ni, the cambridge school... fuhh selamat. Senang sangat tutorial yang dia buat. Tq so much to this blog owner or management for such tutorial! Mama print screen sekali ...

Emir Graduation Day

congratulation abang emir Nasib baik masa ni last day berpantang, so sempatlah ke majlis graduasi abang emir. Sempatlah tengok persembahannya sebagai pokok yang menari hahahaha.... kelakar sangat. Pengisian yang menarik dari jemputan istemewa vip tapi lupa nama huhuhu. Persembahan yang menghiburkan juga dari anakanak. Sampai terkekek kekek kakak gelak tengok persembahan mereka. Wah wah siap ada bunyi macam alaala convo budak universiti lagi hahahah. Alhamdulillah abang emir dapat anugerah akhlak mulia lagi ye. Tapi jangan jeles mama pun dapat hadiah hasil dari komen yang diberikan. kenangan untuk abang alahai pokok comelnya.... persembahan dari rakan rakan nak juga mama menyelit hahahha...

Tadika ABS mukmin junior

Rasanya belum sempat bercerita tentang si boboi yg sukar utk ke sekolah. Dari 4 tahun mencuba, 5 tahun juga tidak berjaya. Aku suka cara genius aulad mengajar, susun atur dan surroundingnya dan of course setelah hantar kakak isya sebelum ni di genius aulad bandar putra permai menguatkan lagi keyakinanku. Alhamdulillah, kakak petah, cepat belajar dan banyak doa-doa dan surah yg dihafal... tapi betullah, lain anak lain caranya kan. Setelah kecewa dan frust dgn percubaan demi percubaan, satu hari terpandang tadika ABS LP8 yg ada dalam kawasan perumahan kami. Cuba bertanya si boboi manalah tahu dia berminat dan mendapat akhirnya jawapan positif darinya. Mungkin jarak yg dekat dgn rumah dan juga bersebelahan guard yg selalu baik dgn kami menariknya utk mencuba. Setelah dirisik, ada kelas reading juga sebelum buka sekolah. Apalagi ni chance utk menyesuaikan diri emir dgn sekolah tu. Alhamdulillah kini dah bulan 8, 2016 emir masih di tadika ABS dan he's enjoyed.. insyaallah s...

Amanah Allah

Growing up kids yang membesar di depan mata. Yang memerlukan didikan dan kasih sayang. Memerlukan kesabaran sebagai seorang ibu. Memerlukan ilmu sebagai seorang ibu. Semoga diberi kekuatan itu kepada hamba ini. Semoga besarmu, mampu mendoakan kami sebagai ibu dan bapa.. semoga besarmu menjadi anak soleh dan solehah... makin mencabar mendidikmu kakak jalinan yang kuharapkan akrab hingga ke akhirnya sebagai adik beradik

Harapan Baru

Walaupun hanya sepatah kata yang diucapkan oleh kakak hari ini disekolahnya tapi mampu membuatkan aku rasa, aku tak silap memilih genius aulad. Mungkin aku teramat excited, tapi biarlah, biarlah aku menitipkan kegembiraan hati ibu ini... Alhamdulillah, awal-awal tahun lagi dah banyak yang positif aku dapat tengok dalam diri kakak. Suka berdoa, dah ada yang dia tahu pasal Nabi Muhammad (prophet) dan yang penting dia suka untuk ke sekolah. Hari ni, sampai sahaja di pintu bilik kelasnya dia terus memberikan salam dengan lantangnya kepada kawan-kawan dan mereka menyambutnya dengan penuh juga. Sungguh, dia dah makin matang dan aku suka melihat situasi itu. Begitu juga kawan-kawannya yang sporting dan tak lupa teacher yang mengajar, tq so much. Semoga selepas ini banyak lagi sesuatu yang positif akan berlaku, keep it up kakak. Moga jadi anak yang soleh untuk mama dan abah. Tq Allah. 

Genius Aulad

Today is a tired day for me. Semalam 3 times bangun sebab emir merengek nak susu. Mungkin malam yg amat sukar for him sebab baru stop 'breastfeed'. Pagi ni pula bangun and terus siapkan kakak for her first school day. Lucky, he help me... Hari yang mengujakan bagi kakak dan mamanya juga hehe, maklumlah sekolah baru. I choose Genius Aulad Bandar Putra Permai yg baru dibuka di bandar putra permai bersebelahan dengan giant di bangunan 'the athmosphere'. Semoga dia banyak didedahkan dengan islamic value di sini and also english. Aku pun tak perasan sejak bila, tapi dia dah kurang sangat bercakap dalam english. Kalau sebelum ni, biarpun tunggang langgang tapi she tried. Yang penting juga, aku tahu di sini dia akan banyak diajarkan dengan asas islam. Semoga apa yang kuharapkan, berjaya diterap. Isya di letakkan dalam kelas 6 madeenah. Sempat tengok list, ada dua nama batrisyia hehe just that first name yang lain 'auni' dan 'izza'.  Lepas bali...

Graduation day tadika indah permai

On 10/11/2012, sebagai ibu kepada Izza Batrisyia pelajar 5 tahun, aku telah diinvite oleh sekolah isya tuk meraikan graduation day tadika indah perrmai yang diadakan di kelab golf kinrara.  For budak 5 tahun still ada bahagian untuk koir dan juga pertunjukan. Terhibur juga dengan gelagat mereka. Apapun terima kasih kerana beri peluang kepada isya Memulakan langkahnya dalam pelajaran. Selepas ini mungkin isya akan join genius aulad bandar putra permai jika tiada aral. Insyaallah... kakak isya setelah dimekap hehe oklah, dah nyanyi...  

Celebrate birthday at Tadika

Cheh, kakak tak melepaskan peluang untuk celebrate birthday dengan kawan-kawan satu tadika indah permai yang seramai 40 orang (termasuk budak 6 tahun). Sempat juga mama tempah kek dan cenderahati tuk kawan-kawan. Hopefully you have fun with friends walaupun dalam gambar muka serius je hahaha... kek yang comel ditempah dari d'bonda kakak dan friends yea, mama tau birthday ke-5 kan hahaha seriusnya, sebab cikgu yang ambik gambar ke? huhu Anyway, terima kasih kepada teacher yang membantu memeriahkan birthday isya. Terima kasih juga untuk kesabaran teacher mengajar isya.

Hari Sukan

Wah, seronok kakak isya menang. Aku pun tumpang seronok mengikuti hari sukan sekolah anak sulungku. Melihat keletah dan gelagat budak-budak 5 & 6 tahun membuatkan semua ibubapa ketawa seronok. Tahun depan kita main dan menang lagi ye kakak.

First day at tadika

Akhirnya tiba juga hari kakak akan ke sekolah huhuhu. Tadika Islam Indah Permai. Mmm tapi oklah, kakak memang independant gak... boleh ditinggalkan sendiri dan dia tak nangis. Antara gambar yang sempat mama ambik untuk hari pertama kakak.. dan beruniform ok, dalam kelas 5 tahun Ini yang dia dok tunggu nak main Adik pun ikut hantar kakak, tapi dia yang sibuk lebih hehe

tadika di puncak jalil

Aku pun rasanya dah jadi macam penulis blog madoct, dia pun kat puncak jalil gak and dulu dia pun ada ceritakan pencarian tadika untuk anaknya. Tapi aku suka baca blognya, bersahaja dan banyak beri panduan untuk org macam aku yang buntu pikirkan pasal tadika nih hehehe. Last sekali aku nampak tadika indah permai kat tepi surau puj 4. Tgk halaman dan juga suasanan tadika tu macam tenteram je. Lagi pun aku call principalnya, fees ok je, utk half day dari 8.30 to 11.30 hanya RM150, berbanding dengan tadika lain, agak oklah harganya. Mungkin juga sebab 3 jam saja berbanding ada tadika dari kul 8 pagi hingga 12 or 12.30 kan. Tapi tak pelah, aku cuma nak hantar isya sekejap je, 3 hours should be ok. Nanti boleh dia habiskan masa dengan adiknya di rumah nenek. Kalau tak, mesti boring si emir tu, ke hulu ke hilir mencari orang untuk dibuli hehehe. Adik... adik... Tapi selepas register nama isya di tadika indah permai tu, aku sempat jenguk di sebelahnya pun ok gak tadikanya lagi cantik ...

Mulakan Pencarian Tadika

Susah jugak ye nak pilih tadika untuk anak-anak. Banyak gak aku baca blog ibu-ibu yang pening mencari tadika. Macam aku sekaranglah hahahah.... Bukan nak memilih sgt tapi kenalah pilih gak, nanti ntah apa-apa tadika hantar anak. Macam yg aku baca sebelum ni, result anak macam bagus tapi bila g sekolah tak tahu baca plak. Susah gak macam tu. Area Puncak Jalil ni macam banyak sangat pilihan tadika, itu yang aku pening hahahahha. Yang aku dah pegi tengok baru 2, aku pegi cic dan sri ara. Ok je tapi mungkin tak serasi dgn kata hati aku heheheh. Sebelum ni, dah decide nak anta sri ara sebab aku cuba google, ramai yg memujinya tapi semalam dan hari ni aku tak sihat jadi tak sempat-sempat nak register. Mungkin gak ada hikmahnya tuk aku anta anak ke tadika lain kot sebab tiba-tiba aku teringat tadika depan rumah ni, nape nak cari yang jauh plak kan. So, aku nak decide pas raya nanti samaada tadika dunia elite or tadika yg kat puj 4 tu. Aku nak ke sana nanti huhuhuhu....