Penutup tahun 2016 biasanya akan diadakan anugerah cemerlang untuk meraikan kejayaan murid-murid dan beri semangat dan suntikan kepada mereka untuk terus melebarkan sayap.
Tentu ibubapa sangat terharu bila melihat anak naik ke pentas menerima hasil usaha sepanjang persekolahan 2016. Malah untuk ibu yang beremosi sepertiku, bergenang air mata terharu.. biasalah mak-mak ni perasaan dia lebih sikit dari ayah-ayah.
Ajarilah anak untuk bersyukur, kerana kejayaan ini adalah dari Allah jua.. ucaplah kata-kata manis untuk anak-anak dengan kejayaan mereka. Moga -moga mereka berasa dihargai dan disayangi.
Tetapi jangan pula mencerca dan memarahi anak-anak yang tidak berjaya seolah-olah mereka tiada harapan lagi untuk berjaya sedang ini hanyalah lapangan kecil dan tempat untuk bertatih.
Jika solatnya cukup, akhlaknya terpuji dan tidak pernah berkasar dengan kita itu sudah cukup untuk dibanggakan dan diberi pujian kerana matlamat kita yang sebenar hanya DI SANA...
tapi bukan jua bermakna matlamat di sini diabaikan kerana inilah tempatnya untuk kita mengumpul. Tanpa simpanan, tiadalah hasilnya.... jom fikir-fikirkan...
![]() |
Anugerah 2016 peningkatan kelas |
![]() |
Anugerah sains dan pencapaian terbaik 2015 |
Comments
Post a Comment