Skip to main content

Meriahnya Ayer@8 precint 8, putrajaya


Baru je baca blog mahamahu.com  pasal ayer@8 precint 8 ni. Malam ni tiba-tiba sampai ke sini hihihi..

Meriahnya mak aiii sampai kena ambik no. nak naik kereta berlampu ni. Seronok tengok orang yang naik kereta ni, mereka pun tergelak dengan keluarga yang sama-sama berhempas pulas mengayuh. Tak kayuh kang tak jalan pula kereta tu hahhaha... So apa yang penting kerjasama!

Tarikan terbaru putrajaya ni... kerana terlalu ramai yang naik kereta, naik basikal, naik basikal yang kecik-kecik tu rasa macam jem jalan. Orang yang nak kayuh basikal pun rasa cam tak seronok. Jalannya dah penuh. Terlalu ramai pun tak best juga ya. Kecuali kalau kita datang just untuk lepak-lepak dengan keluarga menikmati angin malam ok lah, best... angin sepoi-sepoi malam ni. 

Kedai makan pun bukan main banyak kat sini. Kedai serabei, marrybrown, meatball.co, sate, dan macam-macam lagi.


menarik di malam hari.
makan jap di marry brown. berbuai-buai di sini...




Knak-kanak berdua ni macam tau-tau pula, siap posing dan bergaya sakan hahaha.... Memang mencari parking jela datang sini kalau lambat sebab tempat ni jadi tumpuan. Kerana kereta berlampu tu satu hal dah kan... kedai makannya mai aiii banyak betul. Tak tau nak pilih mana satu. krik!krik!

Hari ni budak-budak nampak marry brown terus nak, lenkali lah kalau nak try sate station atau serabei kan. Hari tu dah try meatball & co. Trylah sampai habis kedai makan kat sini hahaha... tapi tengok gak, ada je kedai-kedai yang hujung-hujung sikit macam tak ada sambutan sangat. mungkin siang hari ada lah kot yang menyinggah.

So apalagi, bolehlah bawa anak-anak lepak kat sini sambil mengayuh kereta berlampu atau macam-macam basikal yang ada di sini ye.


sib baik security tak nampak tau hahahah

cantik view kat sini, nampak masjid besi

nak naik kereta berlampu tunggu datang ngan abah jela ye

antara restoren yang ada di sini




Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Merasai salji di snow walk icity

Haaa... siapa yang nak merasai macam mana salji jom ke i-city. Walaupun tak ada lah orang cakap sama pun tapi bolehlah untuk merasai suasananya. Memang sejuk ggggrrr... masuk dalam tu sekejap pun tak tahan. Boleh meleleh air hidung hahaha... cantik kat dalam ni salah satu terowong yang ada dalam snow walk ni ni lepas keluar sejukkkk... posing lu sebelum join tempat lain pula Then teruskan perjalanan ke trick art museum pula. Sebelum ni dah pegi, tapi ni kita bawa acu, cik bie dan adanish pula k. sempatlah posing masa ni sebab orang belum ramai Lepas tu kami ke bahagian space pula... apa namanya dah lupa. Ohh namanya Space Mission. bolehlah nak kenal-kenal matahari dan bulan-bulan dan apa-apa berkaitan space ok. cantik pula macam kat mana-mana ntah hahaha nampak kat belakang tu ... betul-betul kat space hahaha

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...