Skip to main content

3 tempat menarik untuk bersantai bersama keluarga


pemandangan indah di malam hari di dataran putra

berbasikal bersama sepupu-sepupu 2016 di dataran putra

kenangan cuti sekolah 2014 di dataran putra

Bila kali terakhir anda berkumpul dengan keluarga? Biasanya hujung minggu je masing-masing ada masa untuk bertemu mata kan. Usah biarkan silaturrahim terbiar sepi... selalu bertanya khabar dan berjumpa seketika pun sudah cukup untuk mengeratkan hubungan adik beradik dan ipar duai..

Kalau dah jemu untuk bergilir-gilir ke rumah masing-masing boleh tukar tempat yang lebih menarik, asalkan tidak abaikan pertemuan mingguan atau bulanan anda dengan keluarga.
Saja nak share lokasi yang selalu jadi tempat untuk kami sekeluarga berkumpul. Memang best dan seronok!

Gilir-gilir masak dan makan-makan bersama. Tak pun buat potluck (semua bawa makanan sikit) dan makan bersama. Seronoknya dapat berkumpul.. jom!

Tempat utama di Dataran Putra, putrajaya yang semua orang dah tahu meriahnya di hujung minggu sampai parking pun dah bersimpang siur hihi... tapi ok je sebab kena pusing banyak kali bulatan yang terbesar di Malaysia ni dan insyaallah jumpalah parking tu.

Dengan persekitaran yang cantik, dan kawasan yang luas, anak-anak boleh naik basikal dan kereta mainan dengan selesa. Ada yang main bola, ada yang main belon gergasi dan macam-macam aktiviti ikut kreativiti.
Yang paling penting, boleh berjemaah di masjid putra untuk solat maghrib dan isya'.





di hadapan masjid putra



seronoknya berkelah bersama keluarga



dah habis makan kita lepak


Tempat kedua yang best juga di halaman luas depan palace of justice yang tersergam indah. Kat sini selalu ada program. Masa ramadhan biasanya boleh dengar tazkirah ramadhan dari masjid besi yang tak jauh dari sini.

Ramai yang amik peluang untuk bergambar kerana kecantikan senibina bangunan di sini. So, kalau nak solat bole ke masjid besi atau surau yang berdekatan.

Jangan lupa pula untuk bawa tikar ya, bolehlah duduk-duduk bersembang cerita lama. Tapi jagalah kebersihan bersama. Tong sampah ada disediakan di persekitaran, tak ada sebab lagi untuk membuang merata-rata. Kalau kita yang tak jaga, macam mana tempat ni nak bertahan keindahannya. Lagipun, itu yang Islam didik kita ye tak.



masa ni bulan ramadhan waktu untuk berbuka




kenangan



Ok tempat yang ketiga ni pula sesuai untuk lepak di siang hari je, pagi atau petang. Bawa makanan siap-siap dan jumpa kat sana ok hihi... taman tasik cyberjaya. Yang ni anak-anak kecil lebih suka sebab ada playground yang besar sangat haaa... boleh jogging sekitar tasik lagi. 

Aktiviti berbasikal pun boleh dilakukan bersama anak-anak. Kat sini ada disediakan tempat untuk duduk dengan meja sekali dan ada juga wakaf.



taman tasik cyberjaya



jambatan kecil nak ke pulau yang kecil di taman tasik ni





Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...