Skip to main content

Bercuti di kuala lumpur

Walaupun cuti raya cina ni lama kali ni lebih kurang 6 hari tapi tak sempat untuk plan balik kg memandangkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Tambahan pula tiket airasia dah mahal huhuhu..

Tapi alhamdulillah sempat aku beli tiket untuk cuti thaipusam nanti. Lamanya tak jenguk bonda tercinta, maafkan anakmu ini ma.

Sempatlah bercuti di kl saja kali ni. Kalau pd dan melaka or cameron, sah-sahla ramai orang dan jem kan.

Kami check in di regency hotel, nak hotel yang murah tapi ada swimming pool, inilah tempatnya. Kat hotel ni bab parking yang kurang cikit sebab tak direct naik lif terus. Kena bertangga-tangga bagai dan parkingnya yang 'berkuap gile' (dengan kata lain busuk dengan disebabkan tiada udara). Pulak tu nak parking kat lobi untuk drop orang pun agak sukar sebab dia tutup dengan kon. Guard pula yang angkat letak2x kon tu. Mungkin sebab kawasan yang sesak memaksa mereka untuk buat sedemikian.

Regency hotel ni kat menara safwan, betul-betul berhadapan dengan pasar chow kit ni. So kalau nak pi borong buah ke makanan kering ke basah ke memang senangla sangat.

Oleh kerana ada adik si teruna yang ikut sekali so ambilla extra bed ie rm84, mahal juga ya. Tapi view malam dari swimming pool ni sangatlah cantik. Nampak pemandangan menara berkembar lagi.

Dah chek in, kami keluar balik amik uber untuk ke klcc. Kata cuti di kl kan, so jalan je ke klcc yang dah berkurun tidak dijejak, masyaallah ramai betul manusia kat sini. Kali ni, ada tanglung gergasi kat taman. Sempatlah bersesak kat sini sekejap dengan menikmati pizza hut dan solat asar di masjid klcc ni. Oleh kerana ada renovation, kan main jauhnya kami menapak huhu..

Esoknya pagi-pagi lagi lepas breakfast terus terjun kolam. Pengalaman yang amat manis buat si kecil, first time mandi di swimming pool. Tapi alhamdulillah dia sangat sporting. Dah boleh lepas terus dengan pelampung lehernya hihi.

Menarik dan puashati percutian kali ini walaupun hanya di kl. 

*Breakfast di hotel ni biasa-biasa saja.


Sempat mengabadikan kenangan di hotel dengan view yang cantik
Jalan-jalan di klcc

Tanglung besaq kat belakang

Terbaik pizza flavour ni best!
Tahun ni kan orang minat gambar ayam huhu

Regency hotel, pic dari web

Ni swimming pool dia yang dewasa

Ini kolam kanak-kanak
Dah penat masing-masing the end

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...