Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cuti

Dataran masjid putra kembali meriah

Sempat berkelah dengan family baru2 ini di sini. Sesekali bila bonda datang, ceriakan dirinya... itulah impian sang anak. Kalau sebelum ini, tempat ini kelam sekejap tanpa orang ramai yg bergembira apalagi dengan jualan dan juga sewaan basikal, kali ni ia datang lagi dengan aktiviti yg lebih menarik. Barulah kemeriahan kembali bertapak. Bila lagi nak beramah mesra dan berbual panjang dgn keluarga kan. Asyik busy memanjang dengan kerja... sesekali berkumpul sambil anak2 dgn berbasikal, seronok juga. Yg penting niat kita. Niat yg betul insyaallah akan ada ganjaran di sisinya... jgn main2 dgn isu silaturahim... amat besar pahala dan dosanya jika memutuskan.. Bukan lagi kanak2 riang ni posing! Subhanallah... indahnya langit saat ini...

Family gathering di rumah kebun

Tempat ni dah biasa diviralkan di facebook.. antara tempat menarik dan menjadi pilihan utk keluarga bercuti. So kali ni kami sendiri merasainya. Seronok ke? Mmm seronok dari segi berkumpul keluarga yess! Walaupun ada yg tertinggal. Tempat ni sendiri mmm best jugalah, cantik.. nature dan sejuk tapi yg kurangnya bila tengah hari... fuhh panas sangat2. Nak2 bila ada baby dan kanak2, dorang memang tak selesa. Kalo boleh install aircond utk certain bilik memang recommended sgt. Tapi sejuk semulajadi sangatlah best di waktu pagi dan malam. Dengan kolamnya yg disalur air sungai dan tepi rumah juga ada sungai utk bermandi manda. Apa yg menjadi syarat utk memilih tempat percutian kami utk family vacation biasanya yg privacy hanya utk family kami, boleh masak sebab bilangan kami ramai, bilik yg banyak atau ruang yg luas utk tidur dan swimming pool! Tapi kami masih teringat- ingat the best place di limastiga melaka dan tak lupa di saufiville, janda baik. Kenangan manis di kedua-dua tempa...

Lexis Hibiscus Port Dickson

Actually tak rancang pun nak ke pd ni lebih-lebih lagi menginap di hotel mewah cenggini kuikui... rezeki org kata ada orang ajak. Bolehlah merasa. Tq my sister. Agak ramai juga sebab cuti sekolah kan. Kami book yg kat tengah laut yg bahagian kelopak bunga. Hotel ni kan bentuk bunga so yg paling mahal yg dekat hujung sekali yg bahagian apa ye... debunga dia kot panggil. Bilik ni ala2 canggihla cikit sesuai dgn harganya.. buka je pintu terus jumpa 2 katil king dgn tv yg terus melekap ke dinding. Lupa nak amik gambar. Then ada pintu utk ke bahagian almari dan toilet then ada satu pintu lagi utk ke private pool. Waaahhh! Tapi bahagian kelopak bunga ni boleh nampak pool bilik2 lain gak. So kena tutup aurat gakla ye kalo nak keluar ke pool ni. Well channel tv pulak banyaknya movie.. cuma tak sempat nak nonton je la. Ruang tidur agak luas. Bayangkan bole muat 5 kanak2 utk tidur ganas2 di situ kikiki. Rate bilik yg book ni paling murah kot rm735 without breakfast. Tak sempat masa nak ...

Bermalam di Grand Beach Resort, PD

Dah agak lama tidak bercuti dan bawak anak-anak berseronok di kolam. Bila inform je nak ke PD, kan main seronok mereka berdua. Actually, ini hubby booking sempena anniversary kami yg ke-10.. tq bang! Well, ahli keluarga dah bertambah kali ni. Si kecik ahmad ni pun dah perlu satu ruang utk tidur okey. So kalo tak bawak toto or extra bed, mmg tak muat kikiki... Hotel ni agak ok lah. Biasa2 saja. Yg pasti kolam renang dia agak luas dan anak2 suka. Nak access ke pantai pun senang sangat. Nampak ada family yg buat family day... seronok!  Dari segi bilik, berbau dan lampu banyak yg rosak. biasa aku rajin call utk complain tapi kali ni sibuk dgn baby so terima je seadanya. Asal anak2 seronok cukuplah.  sebelum balik, sempat singgah di ostrich farm ke apa. ingatkan ada dinosour sekali tapi rupanya separate tiket... mmm cukuplah dulu bermain-main dgn burung unta, keldai, unta, arnab, peacock dan lain2. oklah tu. anak-anak jom balik... Suprise dari abg.. ...

Sebulan sudah berpantang..

Alhamdulillah, hari ni dah hari yg ke-34 berpantang. Rasa fresh dan bertenaga. Mungkin makanan tambahan yg menjadi faktor juga. Memang untuk tiga2 orng anak tak pernah makan jamu huhu.. jenis org yg susah makan ubat. Rasanya berpantang kali ke-3 ni lah yg agak teliti sikit dan lebih berdisiplin hihi. Yang pasti untuk ibu2 yg berpantang, jagalah dulu sehingga sebulan at least untuk badan lebih bertenaga. Maklumlah, ibu ni banyak tugasnya tak kira masa, even mengandung, berpantang dan hari-hari biasa. Memang tak boleh lari dari tugas menguruskan rumahtangga.. termasuklah yg memenatkan menguruskan anak-anak kecil. Dan kerana tugas yg berat tulah ibu2 perlu betul2 menjaga kesihatan diri. Maka tugas tu nanti boleh dilaksanakan dgn lebih efision (hihihi..). Penat tu memang tak boleh lari, tapi kekuatan dalaman tubuh itu yg berperanan penting. Walau bagaimanapun tidur waktu dlm pantang ni agak limited lah dan memang tak akan cukup dek baby yg berjaga malam. Terimalah sebagai dugaan y...

Molly Fantasy

Berfantasi sekejap dengan kanak2 riang ni. Kesian, mamanya dah tak larat nak jalan2. Duduk je menengok dorang ni main.. sikit2 sorang jadilah ye mengubat hujung minggu hihi... Sementara menunggu abahnya shopping kasut sukan untuk pertandingan pingpong mlm ni dengan team maybank katanya.. Ini molly fantasy kat jaya jusco taman equine. Tempat biasa kami kih kih.. Dulu mamanya selalu gak berexercise tangan dgn game bola jaring. Tak larat dah... tunggulah baby keluar dulu. Krik!krik! Molly Budak berdua.. Haa inilah yg mama minat kan anak2...

Taman wetland, putrajaya

Actually dah banyak kali datang ke sini tapi keseronokan ke sini rupa-rupanya berbeza tiap kali hihi... Pertama kali dulu datang dengan family suami utk naik duffy boat pusing keliling tasik ni. Well pengalaman biasalah sebagaimana naik bot, angin sepoi-sepoi bahasa dan keindahan tasik. Kali ke-2 dtg bawak 2 orang budak ni saja utk posing, masa tu hujan lagi renyai-renyai.. rasanya gambar tu pun dah hilang dlm pc lama dulu. Kalo jumpa akan ku tempek di sini.. insyaallah. Kali ke-3 dtg just lepak2 dlm kereta tapi anak2 berlari2 sekitar kawasan pokok, owh sebelum tu rasanya pernah juga dtg sebab ada hari sukan genius aulad masa kakak 6 tahun tapi ingat2 lupa kat sini or taman botani. Maklumlah putrajaya banyak taman dan seakan-akan sama, semuanya cantik-cantik.. hijau... Ok dan kali ni, minggu lepas maksudku dtg lagi ke sini dgn anak-anak dan kami cuba berbasikal. Sebelum ni tak tau ada beskal.. lucu plak. Mula2 tak nak sebab macam tak nampak kawasan mana yg bol...

Pengalaman bericeskating..

Haha... ntah apa-apa tajuk kali ni. Excited sangat sebab i'm not expecting emir si adik to join his sister. It's amazing! For him to decide... setakat ku kenal boboi ni, tak denya nak join aktiviti macam ni. That's why aku tak pelawa pun, dah puas kupujuk sebelum tuk join swimming class, riding class n bermacam2 aktiviti yg hanya kakak yg berminat. But this! Mmg betul2 buat aku rasa alhamdulillah, dia dah buka pintu yg selama ni dia tutup. Bravo dik! Sanggup je mama keluarkan duit utk pelaburan perkembangan mental dan emosi anak-anak. Dari aktiviti meluncur ais ni (hopefully betul terjemahan ni), banyak yg anak2 dapat belajar lebih2 lagi apa yg dapat kusimpulkan dari anak2ku sendiri. Sikap confident, berani dan tak takut untuk jatuh.. berani tu saja aku bole kembangkan lagi kepada beberapa jenis berani hihi... hanya hati ibu yg memahami. Sukar utk di share, sukar utk dibahasakan dengan kata2... And lastly, kakak dapat lepaskan penguinnya... she's fre...

Kali kedua di gold coast morib

Cuti sekolah hujung tahun 2015, ya kami hanya mampu ke tempat yg dekat-dekat dan tak mahal je ok. Oleh kerana gold coast morib ni ada water park, so jadi pilihanku utk anak-anak yg sememangnya suka air.. Jarang-jarang hotel yang ada waterpark sendiri dan jika ada pun pasti diserbu ibu bapa di musim cuti sekolah begini. Baik di Klang valley atau di luar macam port dickson, Jb, perak dan sebagainya lah.. Kali pertama dulu datang pun best sama macam kali ni. Best bagi pihak anak-anak lah. Utk mak ayah pastinya ada pandangan berbeza, ikut kemampuan, ikut masa dan ikut pengalaman masing-masing. Mmm, bolehlah bawak anak ke sini kalau tak nak pegi jauh, kat Morib je pun boleh seronok kan anak-anak. Utk mommies yg cari hotel yg ada waterpark sendiri, bolehlah ke sini ye... Tengoklah keseronokkan kami! Tarikan yg dari dulu anak2 suka Nice sudut.. like this pose! Bila diorang seronok.. Best! Siapa je yg tak suka air kan... Jom mandi...

Jom lompat-lompat di Jumpstreet Asia

Sempena cuti sekolah baru-baru ni, memang dah plan untuk bawa adik berdua untuk aktiviti melompat yehaaa! Maklumlah budak-budak dan remaja, kenalah cari yang sesuai dengan mereka ye tak. Actually first time datang sini, dah google sikit-sikit dan bayar terus online. Tinggal ambik stoking dan tag nama dan tunggu untuk lompat je hihi. Kat sini bukan seharian ye. Bayarannya ikut jam. Masa ni mama bayar untuk sejam je. Nak lompat-lompat je pun haha.. adalah tempat-tempat yang berlainan untuk lompat ni, ada yang boleh lompat tepi, ada yang guling-guling dan macam-macam lagi. Untuk warga tua macam mama ni duduk je memerhati mereka bergembira. Jangan lupa bekal air, bawa sekali. Dah lompat-lompat, mahunya tak dahaga kan. Muka semua dah merah-merah macam udang bakar hihi.. Yang penting gambar kenangan tetap kena ada. Kalau nak banding dengan district 21 memanglah tak boleh kan sebab harga pun lain. Jumpstreet ni kiranya fokus dalam lompatan la sedangkan district dia campur g...

Molly fantasy & kidzoona

Indoor playground yg ramai org dah tau nak-nak yg ada anak-anak kecil.. antara tempat favourite anak-anak kan. Apatah lagi sekarang ni musim hujan, so aktiviti luar macam main-main kat taman & berenang dah tak boleh. Kali ni bawak anak-anak ke molly fantasy ioi mall city, putrajaya. Actually molly fantasy ni banyak cawangan, yg biasa kami pergi AEON Taman equine dan main place. Well, adalah tempat baru utk lepaskan kanak-kanak riang hujung minggu. 5 hari dah sekolah dari pagi sampai maghrib, kesian juga budak-budak. Better isikan masa diorang dengan sesuatu yg fun dan mereka bole enjoy.. Baru saja timbul isu kanak-kanak yg luka dan ada yg meninggal disebabkan tercucuk jarum dan juga environment yg tidak menyihatkan di tempat-tempat sebegini. Tapi sukarnya utk si kecil faham. Pada mulanya diorang tak nak jejak kaki dalam bola2 ni, tapi disebabkan tempat baru, aku cakap ok. Barulah diorang jalan dalam tu. Tapi scary kan...