Skip to main content

Taman wetland, putrajaya

Actually dah banyak kali datang ke sini tapi keseronokan ke sini rupa-rupanya berbeza tiap kali hihi...

Pertama kali dulu datang dengan family suami utk naik duffy boat pusing keliling tasik ni. Well pengalaman biasalah sebagaimana naik bot, angin sepoi-sepoi bahasa dan keindahan tasik.

Kali ke-2 dtg bawak 2 orang budak ni saja utk posing, masa tu hujan lagi renyai-renyai.. rasanya gambar tu pun dah hilang dlm pc lama dulu. Kalo jumpa akan ku tempek di sini.. insyaallah.

Kali ke-3 dtg just lepak2 dlm kereta tapi anak2 berlari2 sekitar kawasan pokok, owh sebelum tu rasanya pernah juga dtg sebab ada hari sukan genius aulad masa kakak 6 tahun tapi ingat2 lupa kat sini or taman botani. Maklumlah putrajaya banyak taman dan seakan-akan sama, semuanya cantik-cantik.. hijau...

Ok dan kali ni, minggu lepas maksudku dtg lagi ke sini dgn anak-anak dan kami cuba berbasikal. Sebelum ni tak tau ada beskal.. lucu plak. Mula2 tak nak sebab macam tak nampak kawasan mana yg boleh dipusing. Tapi dah bebudak ni beria nak jugak, paksakan dirilah. Fuhh, sib baik budak2 ni paksa, kalau tak sampai sekarang tak tau seronoknya! Hihi!

Seronok sebab ada jalan belakang utk sampai ke taman lain dengan basikal ni.. bestnya. Will come again!
Nampak tak cantik view..

Dari jauh nampak masjid putrajaya

Again nampak motivasi dirinya improved..
Awalnya merajuk.. mama semua tak nak..
Ini basikal dgn 2 org pengayuh

Cheh... fefeeling..

Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...