Skip to main content

Rutin tahun baru 2016

Rutin baru di tahun baru, pagi menghantar anak-anak ke sekolah se awal 7.30 pagi. Tapi tugas seorang muslim tentunya seawal subuh telah bermula kan.. tanggungjawab sebagai hamba yg lebih tawaduk semestinya bermula seawal 5 pagi. Masing-masing dgn kekuatan iman.

Sebagai ibu, sarapan utk anak-anak even hanya segelas susu.. amat membantu meningkatkan emosi anak di samping memberi tenaga. Macam aku sendiri, segelas koko tamar utk si kakak dan adik memadai... budak berdua ni susah makan pagi. Semasa minum, bolehlah ajak mereka berbual, naikkan sedikit mood ceria... nak-nak si adik, pengalaman pertama sebagai pelajar sudah tentu amat mencabar baginya... kadang-kadang gusar juga tapi tawakkal sahajalah.. moga2 Allah membantunya. Tak lupa doa kutitipkan tiap kali menghantar mereka ke pintu sekolah... kurasa doa ibu sgt penting..
Tidak tahu apa yg mereka alami di sekolah, hubungan dgn kawan-kawan dan guru-guru... semoga sentiasa dipermudahkan utk anak-anak. Hati ibu, apatah lagi memahami setakat mana kemampuan anak, hanya doa... Allah yg lebih tahu...

Then, dah hantar anak-anak. Bermulalah kesunyian seorang ibu.. biasanya masa ni lah aku ambil peluang utk beli barang dapur, ke bank dan juga sarapan sebelum ambil kakak pula 10.30 pagi dan adik pukul 12.30 tghari. Syukur ada giant dan mymaidin yg dah buka pepagi. Kedai-kedai lain biasanya 10 pagi baru buka.

Keseorangan begini banyak membantu diri muhasabah diri.. fikir apa yg perlu lagi kubuat utk meningkatkan motivasi diri. Menulis, mencurah dan semestinya ini minatku dari dulu..
Salam utk pagi ini dari kfc giant kinrara...


Aku dan majalah anis huhu..

Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...