Skip to main content

Posts

Showing posts with the label raya

Salam Aidilfitri

Kali ini turn untuk beraya dengan keluarga en suami, so kami beraya di Puncak Jalil gaklah. Maklumlah rumah kat Sabak Bernam dah jual, so dah jadi orang kl gitu hoho... Mmm biasalah raya kat KL ni, mana sonoknya huhu. Tapi layan jelah. Yang pasti aktiviti kami hari ni, solat sunat pastu bermaaf-maafan tapi si emir ni time solat sunat tu dia boleh meraung je hish... Di kesempatan ini, anakanda mohon ampun dan maaf dari ayahanda bonda yang jauh di mata, lusa kita jumpa ya. pagi-pagi kena paksa bangun, muka masam je adik assalamualaikum, dah sampai umah nenek n atuk haa, curi biskut yea inilah ahli yang beraya bersama di sini. Esok masing-masing balik kg yuhu ok dapat duit raya dik

Aidilfitri yang meriah

Hari ini baru kami sampai ke rumah sendiri setelah bercuti selama lebih kurang 10 hari di kampungku, Tumpat Kelantan. Mmmm, seronoknya raya kali ni kecuali adikku yang kedua beraya di kampung mertuanya. Masih terasa lagi mood beraya di kampung, maklumlah tahun lepas langsung aku tak berpeluang beraya di kampung halaman malah raya haji juga kedua ibubapaku tiada di sisi memandangkan mereka berada di Mekah. Alhamdulillah, hari raya ke-3 hari yang paling meriah kerana semua ahli keluargaku berpeluang berkumpul bersama seramai 11 org adik beradikku, kedua ibubapaku yang tercinta, 3 org menantu dan 5 orang cucu. Doaku semoga kami masih berpeluang untuk berkumpul begini di tahun-tahun yang akan datang, amiinn.