Hari ini baru kami sampai ke rumah sendiri setelah bercuti selama lebih kurang 10 hari di kampungku, Tumpat Kelantan. Mmmm, seronoknya raya kali ni kecuali adikku yang kedua beraya di kampung mertuanya. Masih terasa lagi mood beraya di kampung, maklumlah tahun lepas langsung aku tak berpeluang beraya di kampung halaman malah raya haji juga kedua ibubapaku tiada di sisi memandangkan mereka berada di Mekah.
Alhamdulillah, hari raya ke-3 hari yang paling meriah kerana semua ahli keluargaku berpeluang berkumpul bersama seramai 11 org adik beradikku, kedua ibubapaku yang tercinta, 3 org menantu dan 5 orang cucu.
Doaku semoga kami masih berpeluang untuk berkumpul begini di tahun-tahun yang akan datang, amiinn.
Comments
Post a Comment