Skip to main content

Lexis Hibiscus Port Dickson

Actually tak rancang pun nak ke pd ni lebih-lebih lagi menginap di hotel mewah cenggini kuikui... rezeki org kata ada orang ajak. Bolehlah merasa. Tq my sister.
Agak ramai juga sebab cuti sekolah kan. Kami book yg kat tengah laut yg bahagian kelopak bunga. Hotel ni kan bentuk bunga so yg paling mahal yg dekat hujung sekali yg bahagian apa ye... debunga dia kot panggil.
Bilik ni ala2 canggihla cikit sesuai dgn harganya.. buka je pintu terus jumpa 2 katil king dgn tv yg terus melekap ke dinding. Lupa nak amik gambar. Then ada pintu utk ke bahagian almari dan toilet then ada satu pintu lagi utk ke private pool. Waaahhh! Tapi bahagian kelopak bunga ni boleh nampak pool bilik2 lain gak. So kena tutup aurat gakla ye kalo nak keluar ke pool ni.
Well channel tv pulak banyaknya movie.. cuma tak sempat nak nonton je la. Ruang tidur agak luas. Bayangkan bole muat 5 kanak2 utk tidur ganas2 di situ kikiki.
Rate bilik yg book ni paling murah kot rm735 without breakfast. Tak sempat masa nak jalan2 ke hibiscus walk sebab kawasan hotel yg luas dan kami perlu naik buggy lagi.
Ada baby ni malas sikit nak jalan2. Kalau boleh nak lepak je kat bilik. Ok la kan dah ada kolam persendirian, mandila puas-puas abg dan kakak ye. Tambah dgn sepupunya lagi... seronokla diorang ni mandi.

Banyak juga aktiviti lain yg boleh ikut mcm naik helikopter utk tgk pandangan dari atas mcm gmbr di bawah. Ada aktiviti berbasikàl, ada juga indoor playground utk anak2 dan hibiscus walk yg ada gerai2 jual makanan. Tak sempat pun pegi huhu... 

Breakfast tak dapat nak komen sebab tak amik. Itu sajelah ye. Best tu bestla  sebab hotel mahal. Lagi satu yg lebuh penting, dapat berkumpul dgn adik beradik...


Yg penting kolam lu...
Ini dia bilik2 di kelopak bunga
Ini pintu antara bilik dan almari n toilet
Abaikan baju2 ini bahagian tengah bilik yg dipisahkan oleh pintu tadi
Gambar budak kecik ni tak boleh tinggal
Knk2 riang
Inilah dia gambaran dari atas

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...