Skip to main content

The parenthood sunway pyramid

Ini rajin sangat nak cerita... baru je siang tadi ke sunway pyramid. Alkisahnya dah janji dgn abg dan kakak untuk bagi hadiah main2 kat playground mana2 sebab tolong mama jaga adik sepanjang cuti sekolah ni.. bukan kat rumah je.. kat office pun mereka rajin dodoi adik hihihi... terima kasih kakak & abang ye.. mmuah! Sayang anak2 mama.

Cari punya cari tempat baru utk cuba jumpalah the parenthood ni. Ada 2 tempat yg masih belum try, satu lagi kat maju junction. Rasanya yg ni lagi sesuai dgn jiwa mereka kot. Yelah kidzoona dan molly fantasy dah selalu sangat, rekazone ioi mall pun dah, berjaya time square dah, itu yg cari tempat baru.

The parenthood ini konsepnya ada indoor playground dan tempat shopping mainan dan pakaian anak2. Ada 2 cawangan satu di sunway mall kl dan lagi satu di sunway pyramid ni lah. Yg sunway pyramid ni baru je buka so mungkin tak sebanyak barang2 atau mainan macam kat sunway mall kot. Sebab tak pernah ke parenthood di sunway mall tu so tak boleh nak komen lebih2.
So far, playground kat sini luaslah nak banding dgn tempat2 lain. Anak2 boleh panjat2, lompat2 dan main2 sepuas-puasnya. Cuma orang pun ramai lah juga. Nak2 cuti sekolah ni. Ingatkan hari bekerja ni tak adalah ramai bebenor tapi sama juga.. mula2 tu budak berdua ni frust je sebab ramai kanak2 dan mereka kena buli dgn budak2 cina yg mungkin ada geng kot atau memg suka buli org hihi... Chinese memang ramai... masa ni mama jalan2 kat kedai2 dalam ni, so tak tau cerita yg sebenarnya, harap diorang je cerita.. ingatkan banyaklah sangat kedainya tapi agak keciwa juga ya... tak banyak pun kedai2 dlm ni. Kalau baca dalam blog2 senelum ni macam banyak benor barangnya hihi..

Bayaran yg dikenakan di sini RM50 seorang kanak2. Tapi sebab dah siap2 kutempah melalui groupon dapatlah murah RM70 utk 2 orang kanak2 ni. Free utk penjaga bagi seorg kanak2. Disebabkan dah bayar tuk 2 org kanak2 so dapatlah tag utk penjaga pun 2.

Rasanya kat sunway mall ada console game... kat sini tak de. Apa pun kids happy. Mama pun happylah ye.. jom layan gambar tuk yg nak tgk suasana dlm tu ye.


Inilah slide yg menjadi trademark the parenthood
Bas macam yg ada di kota london kot
Ini slide yg pusing2 bagai..
Yg ni plak kena guna sarung tu baru laju sikit.
Favourite budak2 ni
Posing sebelum panjat naik. Tinggi dan panjang..
Adik dan mama tengok je ye..
Sempena krismas ada pokok bagai


Ini pula bahagian kedai2 tu...


Ini 3 beradik yg jarang2 gambar bersama

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...