Skip to main content

Family gathering di rumah kebun

Tempat ni dah biasa diviralkan di facebook.. antara tempat menarik dan menjadi pilihan utk keluarga bercuti. So kali ni kami sendiri merasainya. Seronok ke? Mmm seronok dari segi berkumpul keluarga yess! Walaupun ada yg tertinggal. Tempat ni sendiri mmm best jugalah, cantik.. nature dan sejuk tapi yg kurangnya bila tengah hari... fuhh panas sangat2. Nak2 bila ada baby dan kanak2, dorang memang tak selesa. Kalo boleh install aircond utk certain bilik memang recommended sgt.

Tapi sejuk semulajadi sangatlah best di waktu pagi dan malam. Dengan kolamnya yg disalur air sungai dan tepi rumah juga ada sungai utk bermandi manda.

Apa yg menjadi syarat utk memilih tempat percutian kami utk family vacation biasanya yg privacy hanya utk family kami, boleh masak sebab bilangan kami ramai, bilik yg banyak atau ruang yg luas utk tidur dan swimming pool! Tapi kami masih teringat- ingat the best place di limastiga melaka dan tak lupa di saufiville, janda baik. Kenangan manis di kedua-dua tempat.

Bilik kat sini hanya ada 4 tapi katilnya banyak sgt kikiki. Satu bilik ada king bed, satu bilik bahagian atas ada 2 queen tak silap, 4 unit katil double decker yg moden dan comel di bilik sebelah kolam dan satu bilik besar yg menempatkan 4 katil saiz queen. Cuma bilik airnya teruk sgt.
Ada dapur dan kebun. Sempat kami mintak serai untuk masak. Tempat berkumpul yg luas di depan bilik yg ada katil double decker. So sempat berusrah. Cuma kali ni tiada game mcm biasa..

Di samping tu, tempat utk berbarbeque pun ada. Sempatla bakar2 ikan dan ayam ramai2. Seronok..  mandi ramai2 di kolam dan makan2 sama2 selepas berenang. Fuhh nikmatnya berkumpul bersama keluarga. Malam2 pula berkumpul lepak2 dan bercerita kisah2 waktu kecik dan remaka hihihi....
Cuma jgn terkejut sebab kawasan rumah kebun ni macam dalam hutan. Nak2 bila sampai malam, kelam kelibut pagar diri masing2 dari benda2 tak elok.

Yang pasti... rumah kebun pun best juga! Cuma aircond adalah perlu walau hanya satu.
Layanlah gambar ni ye... ngeh ngeh

Cantik gambar bonda
Nice picture
Barbeque juga
Jom mandi
Sempat menjual nasi kerabu kikikk

Ini pun bole bakar2

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...