Skip to main content

Bakar-bakar steamboat & gril house

First time berkunjung ke sini. Sebelum ni kami pernah ke steamboat maeps dan steamboat di picc putrajaya, kali ni kita ke bakar bakar steamboat gril house di bangi seksyen 8 pula.
Signboard restoren yg besar ni lah membuatkan hamba ingin mencuba hihi. Berjaya jugalah kiranya teknik promosi melalui signboard restoren ni. Nampak menarik dan tertarik dengan suasana restorennya... impressive. Dengan meja yg 'custom made' utk steamboat dan kuali grill yg besar amat sesuai utk bakar dengan kuantiti yg banyak.

Berbeza dgn restoren sebelum ni. Malah kami boleh dapatkan 2 jenis kuah iaitu sup dan tomyam. Kalau sebelum ni hanya boleh pilih salah satu saja samada sup biasa atau tomyam.

Well, mencari tempat makan best ni bukan selalu pun... kali ni sempena birthday hubby. Bolehlah special sikit kan.

Mmm yg berbeza lagi dari restoren sebelum ni, bakar bakar ni ada sushi... haa peminat2 sushi bolehlah jengah walaupun hanya sedikit pilihannya tapi makanlah puas2. Ada bihun goreng dan kuaw teaw serta nasi goreng. Ada juga roti nan yg boleh dipanaskan jika nak. Pilihan air panas, sejuk dan juga air 'berkarbonat' ( err konpius juga betul ke)... ada aiskrim dan koktel. Buah-buahan dan salad pun ada. Seronok mencedok koktel anak beranak... best!!!

Rasanya not bad lah utk overall. Recomanded!! Tapi lain orang lain citatasanya. Cuba dulu baru tahu kan. Malam kerja, so memang tak ramai pun pengunjungnya. Adalah dalam 3 keluarga termasuk kami semasa makan2 tu. Malam minggu mungkin tak cukup tangan sebab staffnya ramai...

Lastly, birthday boy dpt discount ye hanya bayar rm38. Dewasa rm45. Yg bestnya kanak2 6 tahun ke bawah free.. bagusnya!

Cubalah dulu!! Bakar Bakar Steamboat Grill Bangi...

Kaunter bakar2
Kakak sibuk mencedok aiskrim

Abg banyak makan
Hihi muka penat dan happy dpt makan

Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Merasai salji di snow walk icity

Haaa... siapa yang nak merasai macam mana salji jom ke i-city. Walaupun tak ada lah orang cakap sama pun tapi bolehlah untuk merasai suasananya. Memang sejuk ggggrrr... masuk dalam tu sekejap pun tak tahan. Boleh meleleh air hidung hahaha... cantik kat dalam ni salah satu terowong yang ada dalam snow walk ni ni lepas keluar sejukkkk... posing lu sebelum join tempat lain pula Then teruskan perjalanan ke trick art museum pula. Sebelum ni dah pegi, tapi ni kita bawa acu, cik bie dan adanish pula k. sempatlah posing masa ni sebab orang belum ramai Lepas tu kami ke bahagian space pula... apa namanya dah lupa. Ohh namanya Space Mission. bolehlah nak kenal-kenal matahari dan bulan-bulan dan apa-apa berkaitan space ok. cantik pula macam kat mana-mana ntah hahaha nampak kat belakang tu ... betul-betul kat space hahaha

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...