Skip to main content

Kenapa saya suka iron baju?

Pernah juga dengar rintihan ibu-ibu muda di luar sana yg kurang minat dgn menggosok pakaian atau iron baju. Mungkin kerana tiada masa dan rasakan iron baju ni menyusahkan walaupun hakikatnya kita nak kelihatan kemas dan bergaya.

Samalah macam basuh baju, lipat kain dan rutin kerja rumah yg lain. Mesti ada satu atau dua rutin yg kita rasa malas nak buat kan. So kenalah cari jalan penyelesaian.
Saja nak berkongsi tips gosok baju ni. Tiba2 terfikir nak share, manalah tahu org lain boleh amik manfaat. Jangan kecam saya hihi..
Biasanya kalau iron baju ni, saya amik masa berjam-jam dan dapatlah iron puluhan baju. Baju kerja sendiri, hubby dan juga baju sekolah anak2. Tapi masa iron tu, rasa macam tak terbeban pun sebab tahu-tahu banyak yg dah iron. Dalam almari dah banyak tersusun rapi. Amboi macam magik pula ye.

Bukanlah sampai tak sedar berapa banyak yg di 'iron', cuma rasa khusyuk dan susah nak berhenti. Nak tau kenapa? Sebabnya disamping kita iron tu, kita mendengar sesuatu yg kita minat dan suka. Yelah kalau nak tgk tv sambil iron baju alamak terbakar la baju tu atau tangan kita yg diiron nanti. So masa nilah nak gunakan nikmat telinga dan mendengar dengan betul.

Contohnya masa nak iron baju tu, pasanglah lagu kegemaran kita atau tazkirah atau ceramah atau apa2 saja yg kita suka sangat dengar, yg kita minat sangat dengar. Boleh guna radio ke, tv ke atau sekarang ni smartphone je. Macam2 ada dalam smartphone tu janji ada internet.

Contoh yg saya selalu buat...letak smartphone atas iron board kat hujung2 so tak delah ter iron sekali nanti, pastu pasang youtube dan dengar tazkirah dari ustaz2 favorite macam ustaz haslin ke, ustaz abdullah khairi ke, ustaz azhar idrus  ke atau ustaz mana-mana lah yg best2. Sure punya leka je dengar, asyik dan khusyuk je sambil tangan meng'iron'. Apatah lagi tazkirah ni ada tajuk2nya yg boleh kita pilih. Tenggelam dalam dunia tazkirah sekejap.  Malah kadang2 tergelak, tersenyum dan menangis sendiri bila terkena batang hidung. Bukan nak 'menunjuk' plak yg saya suka dengar tazkirah kuikui! Cuma tips ini mampu membuatkan saya suka sangat iron baju dan hasilnya pun banyak baju2 yg diiron. Mungkin ada yg suka dengar ceramah motivasi atau ada juga yg suka dengar lagu. Cubalah!

Mungkin bukan semua orang boleh guna pun tips ni cuma apa salahnya share kan.  Tapi disamping tu, kena juga sediakan alat-alat sampingan hokey. Contohnya kelesaan utk iron tu, pastikan duduk atas kerusi atau bole duduk saja dan selesakan level tangan dan badan agar tak lenguh. Kalau tak ada kerusi, tak de maknanya boleh bertahan utk iron berhelai2 baju kan. Lepas tu pastikan juga hanger dan tempat sangkut sementara baju2 yg telah di iron dekàt. So kita tak susah2 nak bangun duduk2... penat weh!
Kesimpulannya, kita akan suka lakukan rutin kita bila rasa selesa dan seronok. Selamat mencuba!!

#sediakan smartphone dgn bahan yg kita suka dengar dalam tu;

#dekatkan hanger dan penyangkut utk baju yg telah siap

#ironlah ketika anak2 tidur atau masa kita free so kita  tak terganggu dgn rengekan anak dan gangguan2 lain.

# niatlah yg baik2 insyaallah dipermudahkan even hanya iron baju

Tapi banyak pahala yg dapat kalau niatnya betul...

Gambar sekadar hiasan

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...