Skip to main content

Sebulan sudah berpantang..

Alhamdulillah, hari ni dah hari yg ke-34 berpantang. Rasa fresh dan bertenaga. Mungkin makanan tambahan yg menjadi faktor juga. Memang untuk tiga2 orng anak tak pernah makan jamu huhu.. jenis org yg susah makan ubat. Rasanya berpantang kali ke-3 ni lah yg agak teliti sikit dan lebih berdisiplin hihi.

Yang pasti untuk ibu2 yg berpantang, jagalah dulu sehingga sebulan at least untuk badan lebih bertenaga. Maklumlah, ibu ni banyak tugasnya tak kira masa, even mengandung, berpantang dan hari-hari biasa. Memang tak boleh lari dari tugas menguruskan rumahtangga.. termasuklah yg memenatkan menguruskan anak-anak kecil. Dan kerana tugas yg berat tulah ibu2 perlu betul2 menjaga kesihatan diri. Maka tugas tu nanti boleh dilaksanakan dgn lebih efision (hihihi..). Penat tu memang tak boleh lari, tapi kekuatan dalaman tubuh itu yg berperanan penting.

Walau bagaimanapun tidur waktu dlm pantang ni agak limited lah dan memang tak akan cukup dek baby yg berjaga malam. Terimalah sebagai dugaan yg pastinya anugerah terindah menanti kita di akhirat sana. Pujuklah hati, walau sesukar mana pun demi untuk positifkan fizikal dan mental kita yg sememangnya  lemah dan sakit. Insyaallah, yg pasti ganjaran Allah  itu ada...

Tak sabar rasanya menghitung hari utk sampai ke hari yg 40. So badan dah kuat sikit utk uruskan rutin harian sebagai ibu dan isteri. Insyaallah.. semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Jangan lupa mengurut, bertungku dan berbengkung ye ibu2...

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...