Skip to main content

Bermalam di Grand Beach Resort, PD

Dah agak lama tidak bercuti dan bawak anak-anak berseronok di kolam. Bila inform je nak ke PD, kan main seronok mereka berdua.
Actually, ini hubby booking sempena anniversary kami yg ke-10.. tq bang!

Well, ahli keluarga dah bertambah kali ni. Si kecik ahmad ni pun dah perlu satu ruang utk tidur okey. So kalo tak bawak toto or extra bed, mmg tak muat kikiki...

Hotel ni agak ok lah. Biasa2 saja. Yg pasti kolam renang dia agak luas dan anak2 suka. Nak access ke pantai pun senang sangat. Nampak ada family yg buat family day... seronok! 

Dari segi bilik, berbau dan lampu banyak yg rosak. biasa aku rajin call utk complain tapi kali ni sibuk dgn baby so terima je seadanya.
Asal anak2 seronok cukuplah. 

sebelum balik, sempat singgah di ostrich farm ke apa. ingatkan ada dinosour sekali tapi rupanya separate tiket... mmm cukuplah dulu bermain-main dgn burung unta, keldai, unta, arnab, peacock dan lain2. oklah tu. anak-anak jom balik...

Suprise dari abg..
Suka dapat 1st toy
Happy adik dpt dtg hotel kikiki
Dua beradik yg seronok mandi
Sempat ke pantai
Posing lu sblum check out
 
Naik kaldai hanya tuk posing

Ini budak senpjg perjalanan tido jek

Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Merasai salji di snow walk icity

Haaa... siapa yang nak merasai macam mana salji jom ke i-city. Walaupun tak ada lah orang cakap sama pun tapi bolehlah untuk merasai suasananya. Memang sejuk ggggrrr... masuk dalam tu sekejap pun tak tahan. Boleh meleleh air hidung hahaha... cantik kat dalam ni salah satu terowong yang ada dalam snow walk ni ni lepas keluar sejukkkk... posing lu sebelum join tempat lain pula Then teruskan perjalanan ke trick art museum pula. Sebelum ni dah pegi, tapi ni kita bawa acu, cik bie dan adanish pula k. sempatlah posing masa ni sebab orang belum ramai Lepas tu kami ke bahagian space pula... apa namanya dah lupa. Ohh namanya Space Mission. bolehlah nak kenal-kenal matahari dan bulan-bulan dan apa-apa berkaitan space ok. cantik pula macam kat mana-mana ntah hahaha nampak kat belakang tu ... betul-betul kat space hahaha

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...