Skip to main content

Bila ibu beremosi..


Kenangan bersama bonda tercinta

Salam tahun baru 2017... persekolahan anak yg baru bermula. Ibubapa kelam kabut menyusun jadual anak dan juga mereka sendiri. Mana yg sekolah sesi pagi dan mana pula yg sekolah sesi petang. Bila pula sekolah agamanya, di mana untuk transit anak2 sebab ibubapa kerja. 

Masa awal2 ni lah sedikit sukar untuk mencari rentak baru kehidupan baru anak2... nak2 yg baru mula sekolah tahun 1.
Melihat anak yg paginya ke sekolah agama, balik tukar2 baju terus ke sekolah kebangsaan (sesi petang)... maghrib baru sampai rumah.. malamnya usai solat maghrib, ada pula kerja sekolah utk dibuat sebelum tidur. Rasanya masa untuk berbual2 dan main2 dgn adik2 dah berkurangan...

Mama yg melihat, memerhati dan berbicara sepi.. terasa penatnya badan si abg 7 tahun, begitu juga kakak 10 tahun. Budak2 sekarang dari pagi sampai malam sekolah.. krik! Krik! Mesti ibu2 pun ada yg berperasaan begini kan, sayu hati melihat anak2. Yela kita dulu2... petang2 dah bole main bola, lompat2 dengan kawan2 sekampung. Seronok mengeluarkan peluh dan bergembira dgn jiran2.

Tak apalah nak, semoga usahamu untuk menuntut ilmu mendapat balasan yg baik dari Allah... semoga penatmu tika ini menjadi titik tolak lahirnya insan berguna dan anak yg soleh serta solehah!

Doalah ibu... doakan agar anak2 kita sentiasa dipermudahkan urusan mereka di sekolah. Dipermudahkan urusan mereka dgn guru dan kawan2 dan semoga aset2 kita ini mampu membantu kita di alam sana. Amin ya Rabb!
Tiba2 teringat pengorbanan ayahanda bonda...

Bonda tercinta


Abg di hari ke2..

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...