Skip to main content

Tadika ABS mukmin junior

Rasanya belum sempat bercerita tentang si boboi yg sukar utk ke sekolah. Dari 4 tahun mencuba, 5 tahun juga tidak berjaya. Aku suka cara genius aulad mengajar, susun atur dan surroundingnya dan of course setelah hantar kakak isya sebelum ni di genius aulad bandar putra permai menguatkan lagi keyakinanku. Alhamdulillah, kakak petah, cepat belajar dan banyak doa-doa dan surah yg dihafal... tapi betullah, lain anak lain caranya kan.

Setelah kecewa dan frust dgn percubaan demi percubaan, satu hari terpandang tadika ABS LP8 yg ada dalam kawasan perumahan kami. Cuba bertanya si boboi manalah tahu dia berminat dan mendapat akhirnya jawapan positif darinya. Mungkin jarak yg dekat dgn rumah dan juga bersebelahan guard yg selalu baik dgn kami menariknya utk mencuba.

Setelah dirisik, ada kelas reading juga sebelum buka sekolah. Apalagi ni chance utk menyesuaikan diri emir dgn sekolah tu.

Alhamdulillah kini dah bulan 8, 2016 emir masih di tadika ABS dan he's enjoyed.. insyaallah sehingga bulan 12 nanti. Apa yg pasti dia dah boleh membaca dan mengira. Cepat jugalah dgn keadaannya yg hanya mula sekolah semasa 6 tahun. Syabas Tadika ABS MUKMIN JUNIOR, ada keistimewaan dan teknik membaca yg tersendiri...

Kenangan di genius aulad semasa 5 tahun sekejap cuma
Masa ni belum dpt uniform, dgn guru kelas 6 tahun
Hari sukan tadika abs
Haa masa ni uniform baru dapat...
lawatan sambil belajar
Masa ni dapat gift sebab puasa rasanya...
Teakwando pun ada, kakak join sekali
Yeay berjaya abiskan reading bahasa melayu.. syabas!
Sambutan hari lahir di school
Ini yg terbaru, open school sempena raya hihi...

Comments

Popular posts from this blog

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...