Datang lagi dan lagi dan lagi ke sini.. ada request dari emir utk aktiviti panjat memanjat. Oklah dekat je dan mama pula melepak je tepi jalan dlm kete hihi.
Daripada dia membuat aktiviti lompatan atas tilam-tilam kat dalam bilik, biarlah dia keluarkan peluh di sini. Kadang-kadang nampak juga dia jumpa kawan baru. Oklah tu kan kebolehan bersosialnya meningkat hihi.
Lagi pula di rumah ni, apa yg kanak-kanak akan lakukan selain tengok tv? Bermain gadget siang malam. Kerja sekolah sentiasa siap kat sekolah. Kalau kita dulu-dulu petang cam ni bolehlah lompat galah ke, lompat getah ke, main bola ke kan, tapi kat kawasan perumahan macam ni bukan macam kampung.
Semoga peluh-peluh yg keluar menyihatkan badan dan mencerdaskan minda.. insyaallah ya anak-anak. Kali ni agak ramai juga pengunjung di sini. Seronok juga.
![]() |
Panjat jgn tak panjat adik kakak.. |
![]() |
Ramai pengunjung juga. Sebelah lain pun agak ramai... |
Comments
Post a Comment