Skip to main content

Restoren Village View Bangi

Makan2 sempena birthday si princess izza... dah 9 tahun anak mama. Mama doakan kakak jadi anak yg solehah, berjaya dunia dan akhirat, amin...
Tapi gambar birthday girl lupa nak amik. Alkisahnya dah celebrate pun in advance masa berkumpul kat kulim baru2 ni.
Apa yg menarik di restoren village view ni sebab makanan best dan anak2 suka suasana ikan2 yg menyambut kedatangan pengunjung hihi...
Actually kat cini ada kolam ikan. Kalau datang dinner awal bolehlah ambil tempat kat sebelah kolam. Turut dijual makanan ikan, hanya rm1 untuk membeli keceriaan dan kegembiraan anak2. Seronok betul anak2 yg dtg makan di sini. Pasti kat tangan masing2 ada makanan ikan sementara menunggu dinner.
Masakan panas dan western pun ada. Tak sempat nak snap sebab kami lapar haha. Actually restoren ni selalu kami kunjungi walau agak jauh dari rumah. Harga pula rasanya tak mahal dan tak pula murah. Ikut lauk lah. Sate pun ada tau. Cubalah, manalah tau kena dengan selera kome2.
Lokasinya sebelah petronas dan kedai2 perabot yg besar2 tu dari puchong or seri kembangan. Lorong sebelah petronas tu ada signboardnya. Masuk ke dalam sikit. Sorry hamba memang fail bab2 bagi direction ni.

Sempat snap ni je hihi..

Adik dgn kakak pun ambil peluang bgi ikan makan

Ikan2 yg buat kanak2 tergoda...

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...