Skip to main content

Warkah bisu buat ayahanda

Ayahanda,
biarpun panggilan kami kepadamu adalah 'abah' tetapi kami tahu, dirimu lebih suka kami memanggilmu 'ayahanda' dalam warkah bisu ini.. kerana nota-nota indahmu yg ditinggalkan untuk kami semasa remaja dikejauhan menuntut ilmu, dirimu lebih suka menggunakan 'anakanda' dan ayahanda'..
Ayahanda,
Kami sempat menelusuri diari bisumu. Indahnya saat memori-memori indah kami, kau catitkan satu persatu. Begitu pentingnya kami dalam hidupmu.
Ayahanda,
Pengorbananmu mencari sesuap nasi untuk kami anakandamu tidak pernah kami lupakan.. siangnya diri membanting tulang mengangkat guni-guni garam dan malamnya mutiara-mutiara indah kau sampaikan dicorong2 setiap surau dan masjid.
Ayahanda,
Kami tidak pernah lupa, di saat kesibukanmu mencari sesuap nasi kepada kami, sebelas anakandamu, kau masih sempat mendidik dan mengajar kami indahnya islam, indahnya akhlak dalam islam dan kau terbitkan kecintaan kami kepada para anbiya.
Ayahanda,
Kami tidak pernah lupa kau sentiasa kumpulkan kami di taman syurga sementara, mencurahkan ilmu akhirat, cuba mendekati hati-hati dan masalah kami..
Ayahanda,
Kami tidak pernah lupa saat sedihnya kami menerima keputusan peperiksaan yang tidak seperti kami harapkan, tetapi kau hulurkan tangan menghapuskan sisa-sisa air mata, kau pujuk hati kami menerima dengan redha.
Ayahanda,
Kami tidak pernah lupa saat kita kami dibangku sekolah, kaulah orang yg sentiasa bersungguh memberi galakan dan semangat. Bersusah payah menguruskan persekolahan kami, menghantar dan mengambil kami dari sekolah.
Ayahanda,
Kami tidak pernah lupa saat di tangga universiti, kau menangis kegembiraan menghantar kami. Setiap kali kami kehabisan wang, tiap kali itulah kami menerima biaya baru darimu. Sedang kami tidak pernah ambil tahu, betapa sukarnya kau mencari duit tersebut demi pelajaran kami.
Ayahanda,
Kami tidak pernah lupa bila mana panggilan-panggilan telefonmu sentiasa hadir untuk bertanya khabar dan masalah kami. Malah panggilanmu lebih banyak dari panggilan kami. Luahan rindumu, untuk mendengar suara-suara kami dari kejauhan Ayahanda, Kami tidak pernah lupa panggilanmu masih lagi hadir ketika kami dikejauhan walaupun sudah berkeluarga. Kau tidak pernah jemu untuk meluah rindu kepada kami sebelas anakandamu..
Ayahanda,
Tidak akan habis warkah bisu ini andai segala penat lelahmu kami coretkan satu persatu. Tidak akan kering air mata ini, bila kami mengingati setiap tutur kata dan kasih sayangmu.
Ayahanda,
Bagaimana kami akan lupa semua itu bila dirimu sudah tiada di sisi? Bagaimana kami akan lupa semua itu, setelah 3 tahun berlalunya ramadhan tanpa dirimu di sisi kami. Bagaimana kami akan lupa bila panggilanmu telefonmu tidak lagi mengiringi hidup kami..
Ayahanda,
Hanya Dia yg Maha Mengetahui betapa hati kami meronta, kami tidak sempat untuk membalas jasamu yg indah dengan secukupnya.. kami redha dengan pemergianmu Kami akur dirimu hanya pinjaman kepada kami Pinjaman indah yg tidak akan sama selamanya dalam hidup kami..
Ayahanda,
Rasanya tidak puas untuk mengucap cinta dan sayang kami padamu... ketika hadirmu di sisi kami Tapi kami tahu, cinta dan rindu kami tetap akan dirimu terima dengan doa dan amal soleh kami di sini.
Ayahanda,
Biarlah kami jadikan warkah bisu ini kenangan terindah yg mencoret jasa, pengorbanan dan kasih sayangmu kepada kami..

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...