Skip to main content

Bercuti di langkawi (part 4)

Pada 13/12/2012
Underwater World

Ok selepas swimming di kolam hotel tadi, kami siap-siap untuk memulakan aktiviti menerjah seluruh langkawi kuikui... destinasi kedua kami selepas dataran lang adalah underwater world. Dua orang budak ni pastilah tersenyum kegirangan. Macam-macam ikan ada, aku tak tengok sangat banyak melayan kerenah budak-budak ni je. Jom kita tengok ikan-ikan dan haiwan lain yang ada di sini k.

adik kusyuk tengok ikan

parrot biru kuning

haha itik kat belakang tu

ikan apa ni tak sempat tengok namanya

penguin yang comel
kat atas pun ada fish

kenangan di sini
gambar ni lah yg kami abadikan pada tshirt

cantik tak ikan

kakak pun nak snap gambar ikan
Itulah sahaja gambar-gambar di underwater world. Tak sepanjang aquaria di KLCC, tapi yang penting anak-anak seronok.  Kemudian kami bergerak menuju ke Oriental Village.

Oriental Village

Sepanjang perjalanan ke sana, sempat snap gambar pemandangan ni. Cantik tak.


Banyak aktiviti di oriental village ni sebenarnya, cable car pun ada di sini. Tapi ramai betul orang beratur untuk beli tiket. Kami memang tak plan untuk naik sebab emir biasanya gayat. Aktiviti lain yang ada adalah menunggang kuda (RM15 satu pusingan) rasanya teramatlah mahal sebab cepat sangat, naik kereta kuda sekeluarga (RM5 seorang) pun sekejap sahaja, amacam tak berbalio pula. So kami tak naik. Cuma kakak mestilah tak lepaskan peluang menunggang. Dia kan memang suka sangat kuda.

seronok ica

tuan kuda ni cakap jangan tepuk belakang kuda nanti dia tendang terus
Adik naik kuda kayu je ye


Selain dari tu, ada gajah juga tapi kami dah tak sempat nak tunggu. Dengan cuaca yang sangat panas, tak tahan rasanya nak masuk kereta. Disebabkan ada tasik tasik dalam ni, ramai gak yg ambik peluang mengayuh motor air tu (sorry tak tau nak panggil apa huhu..) Ala yang macam kat tasik perdana tu lah. Tapi kami sempat naik bas yang boleh masuk air, jeng!jeng! percaya tak... namanya Langkawi Duck Tours. Pelik gak, tapi baru faham rupanya bas ni macam bot gak lah. Kenderaan dua alam hahaha kat darat jadi bas dan kat laut jadi bot. Mmm menarik dibawa mengelilingi pulau hehehe... sejam gaklah sampai kami kembali ke oriental village balik.


ini maskotnya 'duck'

bas yang besar nila bawa kami keliling pulau
di sinilah bas turun dan naik ke darat

semasa dalam perjalanan

kapal-kapal yang disewa, bestnya kan

cantik
yatch

subhanallah

Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pemandangan yang cukup memukau.. cantiknya..
Sampai jumpa lagi, lepas ni ada cerita telaga tujuh dan wildlife park serta pantai cenang.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...