Skip to main content

Bercuti di Langkawi (part 2)

Walaupun pulau langkawi tidaklah besar sangat, tetapi tempat yang menariknya amatlah banyak. So tak sempat nak terjah semua. Kali kedua pergi bersama keluarga nanti bolehlah skip tempat yang dah pergi dan lawat tempah baru pula.
Selepas menikmati makan malam yang awal di restoren hj ramli tadi (di part 1), dah terpikir nak ke dataran lang. At least, malam ni ada aktiviti dan boleh manfaatkan cuti kami yang pendek ni. Lagipun rasanya tempat ni je yang buka pada waktu malam huhuhu.

Dataran Lang (helang)
Tempat pertama kami  lawati di malam hari. Ramai gak orang dan yang pasti masing-masing sibuk ambik gambar hahaha. Rasanya tak sah kot kalau tak amik gambar helang besar ni. Yelah inilah kenangan kita dah datang langkawi. Helang ni sebagai mercu tanda langkawi. Lagipun cenderahati kat sini kebanyakannya memang ada gambar helang ni. Besar sangat helang ni. Malam amat cantik sebab helang tu berlampu. Kalau siang pun cantik gak sebab kawasan ni di tepi laut. Jadi bole snap pemandangan yang indah tu. Tapi disebabkan kami datang malam, hanya helang ni lah yang jadi penarik.

cantik kan lang ni

hai bertiga nilah je modelnya

kedai-kedai yang lampunya bertukar color ala-ala jambatan putrajaya
Kalau siang hari mungkin ada kedai yang dibuka di kawasan dataran lang ni rasanya. Sebab banyak gerai yang ada di sini. Luas sangat kawasan dataran lang ni, ala-ala dataran putrajaya gaklah. Ada fountain dan juga tempat lepak, cuma yang berbeza kawasan ni tepi laut dan ada helang besar (yelah inikan pulau)...

pasti cantik di siang hari pandangan laut

pandangan sisi helang

aksi dari model-model ku
akhirnya mama dapat peluang bergambar

pose yang cantik
Layan jelah gambar-gambar ni ye hehehe...

pandangan depan

aksi ultraman

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...