Skip to main content

seronoknya di limastiga

Nak tau limastiga kat mana? hehehe dekat je, cuti bersama keluarga suami di Umbai, Melaka. Limastiga tu nama tempat penginapan kami. Memandangkan keluarga kami suka memasak dek kerana ramai ahlinya dan lebih jimat, maka limastiga menjadi pilihan kami.

Hehe, best... kenapa? sebab rasanya tak perlu keluar ke mana-mana, lepak je dilimastiga. Bersantai bersama keluarga sambil berborak dan mengenali diri dan merapatkan lagi silaturrahim. Malah di sini bila-bila masa sahaja boleh terjun kolam di ruang tengah banglo-banglo ini. Yang best jugak, tempat untuk berbabeque juga disediakan dan siap macam kafe lagi untuk ahli-ahli keluarga menjamu selera. Keunikan limastiga dengan dekorasi dan landskap yang indah buatkan kami sekeluarga seronok dan dapat menghayati cuti ini dengan lebih relaks.

Walaupun banyak gambar yang diambil tapi tiada dalam simpananku. So tak dapatlah nak tampal kat sini hikhik. Lenkali lah. Tapi kalo nak tengok gak limastiga ni, google je'limastiga', pasti anda akan dapat melihat tempatnya yang indah dan eksklusif heheheh. Gambar swimming pool pun tak ada huhu...

kamar mandi yang luas

antara ruang hadapan salah satu banglo, cantik

salah satu bilik luas dan selesa, malah semua bilik ada 2 buah katil queen

well sempat gak posing

bahagian belakang laman sebab bilik aku paling belakang haha..



Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...