Skip to main content

Kesempurnaan itu hanya pada-NYA

Cinta dan kasih sayang ibarat nafas dalam kehidupan sehari-hari. Tiada kasih dan sayang ini, maka tiadalah manis dan pahitnya kehidupan. Andai tiada kasih ibu, rosaklah bangsa, hancurlah akhlak dan juga bermacam-macam kekejaman yg akan timbul, bayi-bayi merata-rata dibuang tanpa belaan. Andai tiada kasih seorang ayah, seorang kawan, seorang jiran, seorang kakak, abang, sesama muslim dan manusia... maka akan hancurlah seluruh kehidupan manusia.

Tetapi kerana kasih sayang, terbentuknya segala-gala hari ini dan kita juga dicipta dgn adanya kasih sayang dalam diri. Hebatnya Allah..

Namun, kepincangan kasih sayang sayang itu tetap ada... ya, kita hanya manusia. Manusia yang jika kuat ilmu agama dan kasih sayangnya pada Allah, nescaya rendahlah peratus kepincangan itu. Tapi andai kita hidup di sini hanya meneruskan hidup tanpa matlamat dan tujuan, tanpa kasih dan cinta kepada pencipta... itulah dia kepincangan yg kita lihat di mana-mana. Masih ada kasih sayang, cuma tidak disalurkan mengikut syariat dan tidak jua mengikut acuan yg telah diajar oleh Nabi kita...

Jika tidak, tiadalah pergaduhan suami isteri, tidak akan ada jua penderhakaan anak-anak kepada ibubapa dan tiada juga penceraian serta kezaliman sesama manusia di dunia sekarang. Kesempurnaan kasih sayang itu hanya pada ALLAH! Yakinlah, sedetik pun dia tidak pernah meninggalkan kita, andai kecewa kita hari ini, yakinilah cinta Allah itu yg abadi... cinta yg paling sempurna. 

DIA tidak akan mengecewakan kita sebagaimana manusia... manusia yang dipanggil anak sekalipun, tidak akan mampu untuk merungkai kasih sayang seorang ibu yg menyayangi anak dari dalam kandungan sehingga dewasa. Apatah lagi kasih seorang suami @ isteri yang ada pasang surut dan kelemahannya.. apatah lagi jika tiada sunnah dicari..

Serahkanlah jiwa dan raga kita. Serahlah cinta kita hanya untukNYA... yakinilah kau tidak akan kecewa dan derita. Malah hidupmu akan lebih indah dan manis. 

Jika anda seorang ibu, bayangkan bagaimana jenis cinta yang Allah berikan bilamana ianya LEBIH LAGI DARI CINTA SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA... itulah cinta yang paling agung... 

Ya Rabb! Jadikan hati-hati kami ini hati-hati yg sentiasa mendambakan cintaMu.. amiin.


Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...