Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan ramadhan, bulan yang penuh rahmah dan barakah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Niatku agar ramadhan kali ini lebih baik dan yang terbaik dari yang sebelumnya. Belum tentu diri ini akan menemui lagi ramadhan yang seterusnya... Sesungguhnya kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu Ya Allah kerana memberi peluang indah ini untuk kami membekalkan diri kami dengan amalan dan juga ganjaran berlipat kali ganda dengan setiap amalan baik yang kami lakukan. Semoga kami mengambil peluang ini untuk bersolat malam, terawikh, berzikir, bersedekah dan berpuasa dengan sebenar-benarnya dan dengan penuh penghayatan. Bukan tidak boleh kita bersolat malam, bersedekah dan berpuasa pada hari dan bulan yang lain tetapi amalan yang sama diatas tidak akan sama ganjarannya dengan Ramadhan.... Alangkah ruginya jika peluang ini tidak dimanfaatkan. Ya Allah, berilah kami kekuatan mental dan fizikal untuk kami menyempurnakan ibadah kami di bulan yang...
diari kehidupanku sepanjang bermusafir di dunia fana yang penuh onak dan duri...