Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Titipan khas untuk mengenali Tok guru Niz Aziz

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua. Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Tarikh Lahir: 1931 Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan. Pengajian : 1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut 2-Universiti Deoband India 3-Universiti Lahore Pakistan 4-Universiti Al Azhar 5-Sarjana Muda bahasa Arab 6-Sarjana Perundangan Islam Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dala...

alfatihah untuk tok guru nik aziz

Ya Allah ampunilah dosa-dosanya... masukkan insan mulia ini ke syurgaMu Ya Rabb! Gugur jua air mata menerima khabar ini... teringat detik pemergian ayahanda dahulu. Seolah-olah masa itu diulang kembali.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dengan kehebatan akhlaknya menempuhi liku-liku hidup yg begitu mencabar kerana ISLAM... Allahuakbar!!! Sebaknya... teringat tiba2 lirik lagu siti nurhaliza untuk tok guru, bertambah sebaknya... hilangnya 'permata' yg tiada galang gantinya. Tenanglah, damaila tok guru di sana... insyaAllah insan sepertimu tidak akan putus doanya dari setiap insan yg mengenalimu.