Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Mee kak ning

Bihun celup yg menjadi kegemaran kami tiap kali balik kg... Tak sah tak berderet berjalan ke kedai ni. Maklumlah, sebelah rumah je.. hi hi.. Fuuh mebeles you all!

Molly fantasy & kidzoona

Indoor playground yg ramai org dah tau nak-nak yg ada anak-anak kecil.. antara tempat favourite anak-anak kan. Apatah lagi sekarang ni musim hujan, so aktiviti luar macam main-main kat taman & berenang dah tak boleh. Kali ni bawak anak-anak ke molly fantasy ioi mall city, putrajaya. Actually molly fantasy ni banyak cawangan, yg biasa kami pergi AEON Taman equine dan main place. Well, adalah tempat baru utk lepaskan kanak-kanak riang hujung minggu. 5 hari dah sekolah dari pagi sampai maghrib, kesian juga budak-budak. Better isikan masa diorang dengan sesuatu yg fun dan mereka bole enjoy.. Baru saja timbul isu kanak-kanak yg luka dan ada yg meninggal disebabkan tercucuk jarum dan juga environment yg tidak menyihatkan di tempat-tempat sebegini. Tapi sukarnya utk si kecil faham. Pada mulanya diorang tak nak jejak kaki dalam bola2 ni, tapi disebabkan tempat baru, aku cakap ok. Barulah diorang jalan dalam tu. Tapi scary kan...

Anak-anak

Masa berlalu begitu pantas, anak-anak makin membesar.. membesar dengan acuan tangan kita sebagai ibubapa. Ya Rabb! Berilah kekuatan kepada kami untuk mendidik anak- anak kami untuk menjadi anak-anak yg soleh.. Bukan mudah! Bukan juga senang utk menahan kemarahan.. berilah kami kesabaran ya Rabb!