Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Seronoknya di avillion port dickson

Sepanjang percutian yang ntah ke berapa kali ke port dickson ni, kali pertama mencuba hotel avillion yang cantik. Sebab harganya yang agak mahal untuk menginap. Maklumlah 5 star hotel. Rezeki tiba-tiba menjenguk untuk kami menginap di sini, seronoknya! Terasa berada di taman-taman tradisional. Biliknya selesa dan amat luas sekali. Ada sofa bed lagi untuk ahli yang ramai. Boleh refer di website. Boleh lepak-lepak dengan family sambil makan diberanda.  Sebelum bercerita lebih jauh, kami book bilik yg paling murah... garden view tapi dekat sangat dengan kolam renang.  Apa yang menarik di sini? banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat hanya dalam kawasan hotel sahaja. Malas sangat kami nak keluar. Ada pet farm yang sangat digemari anak-anak, boleh bagi burung dan rabbit makan. Tapi hanya sejam sahaja dibuka setiap hari dari pukul 10 hingga 11 pagi. Ada peacock yang banyak di kawasan hotel sepanjang 'nature walk'. Ada tempat-tempat redup yang disediakan kerusi untuk le...