Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Mulan

Berkali-kali tengok cerita kartun ni, memang tak kan puas. Dengan pengertian dan pengajaran yg membakar semangat. Kegigihan dan keberanian seorang gadis yg akhirnya mampu menjadikannya seorang tokoh yang disegani oleh negara China. Dia berjaya mengeluarkan singa dalam dirinya. Siapa saja boleh menjadi sesiapa yang dikehendakinya dengan usaha dan azam yang gigih serta 'smart'. Bagiku, banyak sgt pengajaran yg dapat kucedok dalam kartun ini...

anniversary ke 5

Sedar tak sedar dah 5 tahun hidup bersama dan dikurniakan dengan 2 orang cahayamata yang paling berharga. Tapi macam-macam dugaan yang dihadapi sepanjang bergelar suami isteri. Kalau nak diingatkan aduishhh... macam tak nak putar kembali, itu yang bab gaduh-gaduh la. Semoga jodoh kami berdua dan anak-anak berpanjangan hingga akhir hayat. Semoga kami diberikan kekuatan, kesabaran serta kebijakan dalam menempuhi hidup berumahtangga dan untuk mendidik putera puteri kami. Amiin...

water fountain idaman kalbu

bila cinta kian pudar

Apa salahnya jika kita ingati kembali memori semasa bercinta bila cinta kian terasa hambarnya... Apa salahnya kita ulangi kembali bicara dan temujanji saat bercinta dulu bila cinta terasa tawarnya... dan apa salahnya kita bercinta sekali lagi seperti dulu-dulu bila cinta tidak sehanngat dulu... Tapi terjadikah semua itu jika berdua bertegang rasa... akan kembalikah sinar baru andai seorang saja yang memujuk hati...

tadika di puncak jalil

Aku pun rasanya dah jadi macam penulis blog madoct, dia pun kat puncak jalil gak and dulu dia pun ada ceritakan pencarian tadika untuk anaknya. Tapi aku suka baca blognya, bersahaja dan banyak beri panduan untuk org macam aku yang buntu pikirkan pasal tadika nih hehehe. Last sekali aku nampak tadika indah permai kat tepi surau puj 4. Tgk halaman dan juga suasanan tadika tu macam tenteram je. Lagi pun aku call principalnya, fees ok je, utk half day dari 8.30 to 11.30 hanya RM150, berbanding dengan tadika lain, agak oklah harganya. Mungkin juga sebab 3 jam saja berbanding ada tadika dari kul 8 pagi hingga 12 or 12.30 kan. Tapi tak pelah, aku cuma nak hantar isya sekejap je, 3 hours should be ok. Nanti boleh dia habiskan masa dengan adiknya di rumah nenek. Kalau tak, mesti boring si emir tu, ke hulu ke hilir mencari orang untuk dibuli hehehe. Adik... adik... Tapi selepas register nama isya di tadika indah permai tu, aku sempat jenguk di sebelahnya pun ok gak tadikanya lagi cantik ...

hujung minggu

Bila search blog-blog yang mengisahkan hujung minggu, ramai yang menghabiskan masa lapang mereka dgn masak-memasak hurmmm... Bukan aku tak minat, makan aku suka nak buatnya... barang-barang apa je yg ada kat dapurku ini. Cuma bawang-bawang tapi lauk? telur pun ada sebiji huhu. Inilah gaya dapur yg tidak masak hahahah. Dah banyak kali aku simpan stok lauk kononnya untuk masaklah tapi alih-alih lauk tu dibuang je. Kalau hari kerja sah-sah balik rumah kul 8 or 9 mlm. Makan kat rumah mertua je sambil ambik anak. Kalau hujung minggu macam ni, sekejap anak ajak pegi 'slide' lah, Jalan-jalan lah, udahnya makan luar je. Satu lagi, kalau nak masak aje, sikecik tuh mulalah buat muka kesian, nangis sana nangis sini. Dua-dua sudah gaduh, aku pun dah bengang, malas nak sakit pale masak dengan bising-bising macam tu.

Rumah impian

Hanya Dia yang Maha Mengetahui betapa hati tak keruan memikirkan keinginan untuk memiliki rumah sendiri. Semoga Dia mempermudahkan segala usahaku ini. Teringin rasanya memiliki sebuah wakaf kecil di laman rumah. Macam gambar ni. Emm tapi ini hanya boleh jadi jika laman rumahku luas. Manalah tahu ada rezeki corner lot.... hehehehe

kenangan raya haji

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.... Lailahaillahuallahuakbar Allahuakbar walillahilham... Sayu je hati, mengenang tasbih dan tahmid ini yang akan sentiasa meniti di bibir abah jika sekarang aku di kampung. Biasanya, malam raya kami anak beranak akan sembahyang berjemaah bersama dan sama-sama bertasbih dan bertahmid. Menghayati seterusnya dengan sedikit tazkiran yang disampaikan abah. Di pagi raya, masing-masing bergegas ke surau dan Selepas solat raya kami berkumpul di rumah untuk ibadat korban. Abah akan menyempurnakan ibadah korban sambil bertasbih dan bertahmid lagi di saat pisau dileher lembu. Ma pula selepas itu akan sibuk membahagi-bahagikan daging korban. Belum sempat tengahari biasanya daging goreng dan daging panggang sudah siap. Riuh rendah menikmati santapan awal tersebut. Yang penting sup gear box takkan lupa... dan perut dengan air asam.... rindunya!!!

Mulakan Pencarian Tadika

Susah jugak ye nak pilih tadika untuk anak-anak. Banyak gak aku baca blog ibu-ibu yang pening mencari tadika. Macam aku sekaranglah hahahah.... Bukan nak memilih sgt tapi kenalah pilih gak, nanti ntah apa-apa tadika hantar anak. Macam yg aku baca sebelum ni, result anak macam bagus tapi bila g sekolah tak tahu baca plak. Susah gak macam tu. Area Puncak Jalil ni macam banyak sangat pilihan tadika, itu yang aku pening hahahahha. Yang aku dah pegi tengok baru 2, aku pegi cic dan sri ara. Ok je tapi mungkin tak serasi dgn kata hati aku heheheh. Sebelum ni, dah decide nak anta sri ara sebab aku cuba google, ramai yg memujinya tapi semalam dan hari ni aku tak sihat jadi tak sempat-sempat nak register. Mungkin gak ada hikmahnya tuk aku anta anak ke tadika lain kot sebab tiba-tiba aku teringat tadika depan rumah ni, nape nak cari yang jauh plak kan. So, aku nak decide pas raya nanti samaada tadika dunia elite or tadika yg kat puj 4 tu. Aku nak ke sana nanti huhuhuhu....