Skip to main content

kenangan raya haji

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.... Lailahaillahuallahuakbar Allahuakbar walillahilham...

Sayu je hati, mengenang tasbih dan tahmid ini yang akan sentiasa meniti di bibir abah jika sekarang aku di kampung.

Biasanya, malam raya kami anak beranak akan sembahyang berjemaah bersama dan sama-sama bertasbih dan bertahmid. Menghayati seterusnya dengan sedikit tazkiran yang disampaikan abah.

Di pagi raya, masing-masing bergegas ke surau dan Selepas solat raya kami berkumpul di rumah untuk ibadat korban. Abah akan menyempurnakan ibadah korban sambil bertasbih dan bertahmid lagi di saat pisau dileher lembu.

Ma pula selepas itu akan sibuk membahagi-bahagikan daging korban. Belum sempat tengahari biasanya daging goreng dan daging panggang sudah siap. Riuh rendah menikmati santapan awal tersebut.

Yang penting sup gear box takkan lupa... dan perut dengan air asam.... rindunya!!!

Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Merasai salji di snow walk icity

Haaa... siapa yang nak merasai macam mana salji jom ke i-city. Walaupun tak ada lah orang cakap sama pun tapi bolehlah untuk merasai suasananya. Memang sejuk ggggrrr... masuk dalam tu sekejap pun tak tahan. Boleh meleleh air hidung hahaha... cantik kat dalam ni salah satu terowong yang ada dalam snow walk ni ni lepas keluar sejukkkk... posing lu sebelum join tempat lain pula Then teruskan perjalanan ke trick art museum pula. Sebelum ni dah pegi, tapi ni kita bawa acu, cik bie dan adanish pula k. sempatlah posing masa ni sebab orang belum ramai Lepas tu kami ke bahagian space pula... apa namanya dah lupa. Ohh namanya Space Mission. bolehlah nak kenal-kenal matahari dan bulan-bulan dan apa-apa berkaitan space ok. cantik pula macam kat mana-mana ntah hahaha nampak kat belakang tu ... betul-betul kat space hahaha

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...