Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Perpustakaan Awam Shah Alam

Dulu-dulu aku selalu lepak kat library ni sorang-sorang sambil mencari bahan untuk menulis. Tapi masa itu, library ni masih lagi di tengah bandar shah alam. Sekarang Perpustakaan Raja Uda ni dah dipindahkan dalam kawasan kelab golf. Kelab Golf Raja... alamak soriii aku lupa sangat. Anak-anak suka datang sini sebab yang bahagian kana-kanak cantik hiasannya dan ramai budaknya. So diorang pun excited nak baca buku bila tengok kanak-kanak lain pun baca buku. Yang si isya pula suka masuk aktiviti yang diadakan pada setiap hujung minggu di sini, Kadang-kadang melukis, kadang-kadang mengeja dan macam-macam dan yang pasti adalah hadiah kecil sebagai saguhati. Yang pasti aku tak adalah nak tinggal sangat diorang ni, kena lah temankan juga diorang baca buku. Untuk parents pun ada disediakan buku dibahagian kanak-kanak. Seingat aku tingkat 2 ada bahagian remaja, tingkat 3 bahagian dewasa dan tingkat seterusnya bahagian rujukan. Emmm cuma problem kat sini parking je, yang lain seronok je....

dah kul 7?

Masih lagi di office? Entahlah, rasanya ramai yang kebiasaannya macam ni. Pukul 7 masih lagi di office hingga 9 or 10 menyiapkan kerja kan. Untuk yang bujang rasanya tak de lah masalah sgt tapi untuk ibu-ibu macam aku nih, tak ke kesian anak-anak yang menunggu. Esoknya, pagi-pagi dah kena hantar balik sekolah. Sekejapnya masa bersama anak-anak. Satu lagi kesian mak mertua yang penat melayan kerenah anak-anakku. Kalau lambat balik, lambatnya dia nak merehatkan badan. Kadang-kadang kufikir macam mementingkan diri pulak, tapi apa yang boleh kulakukan, hari-hari menangguhkan kerja lagilah melambung-lambung nanti kerja. Oklah, i will stop now. Jom balik!!

Tesco Puchong

Berdikari sikit, itulah gambaran dua beradik ni. Biasanya makan kat tempat lain tak de plak diorang mintak nak makan sendiri. Tapi kat sini, agaknya tengok makanan khas untuk kanak-kanak terus nak je. Apa pun enjoy ur late breakfast guys hehe...

Hari Sukan

Wah, seronok kakak isya menang. Aku pun tumpang seronok mengikuti hari sukan sekolah anak sulungku. Melihat keletah dan gelagat budak-budak 5 & 6 tahun membuatkan semua ibubapa ketawa seronok. Tahun depan kita main dan menang lagi ye kakak.