Dulu-dulu aku selalu lepak kat library ni sorang-sorang sambil mencari bahan untuk menulis. Tapi masa itu, library ni masih lagi di tengah bandar shah alam. Sekarang Perpustakaan Raja Uda ni dah dipindahkan dalam kawasan kelab golf. Kelab Golf Raja... alamak soriii aku lupa sangat.
Anak-anak suka datang sini sebab yang bahagian kana-kanak cantik hiasannya dan ramai budaknya. So diorang pun excited nak baca buku bila tengok kanak-kanak lain pun baca buku. Yang si isya pula suka masuk aktiviti yang diadakan pada setiap hujung minggu di sini, Kadang-kadang melukis, kadang-kadang mengeja dan macam-macam dan yang pasti adalah hadiah kecil sebagai saguhati.
Yang pasti aku tak adalah nak tinggal sangat diorang ni, kena lah temankan juga diorang baca buku. Untuk parents pun ada disediakan buku dibahagian kanak-kanak. Seingat aku tingkat 2 ada bahagian remaja, tingkat 3 bahagian dewasa dan tingkat seterusnya bahagian rujukan. Emmm cuma problem kat sini parking je, yang lain seronok je... santai di library.
Apa salahnya u all bawa anak-anak ke sini, aktiviti bermanfaat bersama anak-anak.
 |
kakak dan adik baca buku dengan kawan |
 |
abah tolong bacakan ke? |
 |
amboi adik, betul ke baca buku tu? |
 |
di tengah bilik ni ada pokok... cantik.. |
Comments
Post a Comment