Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

pemergianmu suatu kehilangan

Tiada lagi seorang kakak yang amat mengambil berat, yang begitu memahami dan juga yang berkongsi minat dan masalah. Tiada lagi seorang 'ibu' kepada dua anakku yang begitu rapat dengan mereka. Ibu yang selalu manjakan kakak dan adik. Kakak amat merinduimu kerana mungkin kerana ibu tempat dia meluahkan ketidak puasan hatinya. Betapa kami amat merinduimu kak pi... kerana hampir setiap hari kami bersamamu, berborak dan bergurau. Al-fatihah untukmu yang jauh di sana. Semoga kak pi ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan diampunkan segala dosa-dosa. Semoga pemergianmu juga memberi kami suatu pengajaran, pedoman dan juga keinsafan ke arah yang lebih baik.