Tiada lagi seorang kakak yang amat mengambil berat, yang begitu memahami dan juga yang berkongsi minat dan masalah.
Tiada lagi seorang 'ibu' kepada dua anakku yang begitu rapat dengan mereka. Ibu yang selalu manjakan kakak dan adik. Kakak amat merinduimu kerana mungkin kerana ibu tempat dia meluahkan ketidak puasan hatinya.
Betapa kami amat merinduimu kak pi... kerana hampir setiap hari kami bersamamu, berborak dan bergurau. Al-fatihah untukmu yang jauh di sana. Semoga kak pi ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan diampunkan segala dosa-dosa.
Semoga pemergianmu juga memberi kami suatu pengajaran, pedoman dan juga keinsafan ke arah yang lebih baik.
etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit tu berbeza lah.

Comments
Post a Comment