Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Celebrate birthday at Tadika

Cheh, kakak tak melepaskan peluang untuk celebrate birthday dengan kawan-kawan satu tadika indah permai yang seramai 40 orang (termasuk budak 6 tahun). Sempat juga mama tempah kek dan cenderahati tuk kawan-kawan. Hopefully you have fun with friends walaupun dalam gambar muka serius je hahaha... kek yang comel ditempah dari d'bonda kakak dan friends yea, mama tau birthday ke-5 kan hahaha seriusnya, sebab cikgu yang ambik gambar ke? huhu Anyway, terima kasih kepada teacher yang membantu memeriahkan birthday isya. Terima kasih juga untuk kesabaran teacher mengajar isya.

beginilah ibu

Bila bersendirian makan menikmati 'fast lunch' di kfc area office.. pasti terlintas di mindaku... apa yg dibuat oleh anak-anak tika ni. Makan apakah hari ni... buat apakah sekarang? sedangkan aku gembira menikmati hidangan favourite mereka... rindunya anak-anak.. begini jugakah yg terlintas difikiran abahnya bila dia berada di tempatku sekarang?

Berposing di pantai Geting

Ini antara aktiviti semasa berada di kampung halaman tercinta. Tak jauh dari kampungku, Pantai Geting yang memang menjadi tempat persinggahan kami akan dikunjungi. Well, nak dijadikan cerita adikku yang suka ambil gambar dan memang minat photoshoot2 nih sampaikan kamera sendiri pun canggih manggih la gak kan. Aku pun tak de, walaupun dah keje. Well tak pernah plan pun tiba-tiba saling mengajak terus je melawo sikit dan berposing di pantai ni hoho. Hasil kerjanya memang cantik dan i like it. Mmm.. pas ni boleh kita posing lagi k. Emir, isya dan asyu kesiannya kena buli ngan kakak n makcik me and kids Ini gambar kat pokok-pokok rhu, yang gambar kat pantai ni ha... tapi penat gak sebenarnya berposing ni, nak gambar punya pasal ikutlah arahan jurukamera yang kuat membebel ni hihihi.. Adik bongsu yang comel amboi emir tunjuk apa tu...

Isya fifth birthday

Happy birthday kakak, kali ni pun sambut kat kampung kelate sebab birthday isya kan jatuh hari raya puasa je. Mmm tak de lah plan sangat tapi bila dah pakcik-pakcik dan makcik isya ni, seronok lah sikit kot walau tanpa kehadiran sepupu-sepupu adamas. Celebrate kat pantai cahaya bulan, dah kebetulan abah yang nak ke pantai. Pada mulanya nak celebrate kat KFC je sebab masing-masing dah kenyang makan di 'open house'  pakcik. Apapun isya dan adiknya seronok aje.. isya lagilah seronok bila dapat hadiah yang banyak dari pakcik n makcik huhu... ada gak lilin huhu, tak baik kan happy birthday sayang adiknya jugak turut nak potong kek gak pakcik turut memeriahkan antara yang hadir termasuk tok bah dan tok ma sempat main lagi lepas potong kek

Ho ho ho balik kampung

Hari Raya kedua, kitorang bersedia untuk ke KL sentral menaiki keretapi WAU ke Tumpat... Oleh kerana emir masih lagi fobia dengan kapal terbang, maka kami ambil keputusan untuk mencuba naik keretapi hingga ke Tumpat.. excited juga kakak isya ni, maklumlah first time dia naik train. Aku pula masih diburu rasa resah jika emir menangis nanti, tak ke haru nak tunggu berapa belas jam perjalanan ni.  Untuk itu aku dah siapkan dua beradik ni dengan tablet murah seorang satu. Mungkin boleh meralitkan mereka sepanjang our journey. Kami pilih kabin untuk sekeluarga. ini lebih kurang kabinnya Alhamdulillah sepanjang perjalanan emir ok, memang goyaang-goyang gak bagi yang katil di atas tapi kalau baring oklah. yang bawah memang best, aku dan adik. Kakak pula dengan abahnya. Kalo pendapat aku naik train ni amat selesa dan tidaak memenatkan berbanding naik kereta ke Kelantan. Cuma yang kurangnya masa perjalanan yang diambil agak lama. Bila sampai kampung rasa penat tu kuran...

Salam Aidilfitri

Kali ini turn untuk beraya dengan keluarga en suami, so kami beraya di Puncak Jalil gaklah. Maklumlah rumah kat Sabak Bernam dah jual, so dah jadi orang kl gitu hoho... Mmm biasalah raya kat KL ni, mana sonoknya huhu. Tapi layan jelah. Yang pasti aktiviti kami hari ni, solat sunat pastu bermaaf-maafan tapi si emir ni time solat sunat tu dia boleh meraung je hish... Di kesempatan ini, anakanda mohon ampun dan maaf dari ayahanda bonda yang jauh di mata, lusa kita jumpa ya. pagi-pagi kena paksa bangun, muka masam je adik assalamualaikum, dah sampai umah nenek n atuk haa, curi biskut yea inilah ahli yang beraya bersama di sini. Esok masing-masing balik kg yuhu ok dapat duit raya dik

terkilannya hati...

Sedihnya hati... terkilannya diri bila pagiku hanya tersedar pada azan subuh.. huhuhu semalam sudah berniat aku ingin bangun malam untuk bertahajud...