Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Aku Tanpa Cintamu

Cinta (al-hubb)??? Ramai yang keliru tentang cinta sebenarnya.. Sebut saja cinta semua dah terbayang seorang lelaki dan perempuan (muda mudi) yang belum berkahwin, yang berpegangan tangan... yang sanggup mati kerana cinta. Malah sanggup meninggalkan keluarga kerana cinta. Apa, tidak layakkah jika orang yang telah berkahwin pun bercinta? Tidak layakkah nenek dan atuk kita bercinta? Cinta adalah suatu perasaan sayang yang teramat dalam kepada sesuatu. Cinta akan mengubah seseorang. Cinta akan mempengaruhi hidup kita. Cinta jualah yang akan menetukan ke mana hala tuju hidup kita di dunia dan cinta jua yang akan menentukan di mana kita di akhirat kelak. Besarnya peranan CINTA hingga manusia sanggup mati kerananya. Betapa hebatnya cinta ini kerana lebih 80 kali disebutnya dalam al-quran. Tetapi persoalannya adakah cinta kita itu adalah cinta kepada yang BERHAK? Sebelum bercinta, cari dulu orangnya, kenal dulu siapa yang perlu menerima cinta kita dan yang penting, cinta kita...

Rindu

Bila namamu disebut seakan ingin menitis air mata ini Bila pengorbananmu mendayu di telinga gugur seakan tak tertahan air mata ini Ya Allah, sungguh agungnya kekasihMU ini, kerna hanya sedikit diri mengenalinya tak mampu kurungkai kerinduanku ini bagaimana sahabat-sahabat yang sentiasa bersama dalam pengorbanan sucinya? Sungguh tak mampu untuk dirungkai bagaimana... bagaimana perasaan sahabat pabila tiba saat berpisah... berpisah dengan manusia agung ini.. Ya Rabb, hanya engkau yang mengerti Mulianya hati kekasihmu  Sayangnya kepada kami yang hina   Hanya engkau yang mampu membalas pengorbanannya Ya Rabb aku merayu kepadaMu.. tetapkan hati kami merinduinya, mencintainya dan mengikuti sunnahnya Biar diri ini terus merindu biar diri terus tersiksa menanggung rindu ini andai rindu ini membawa kepada syurgaMu Ya Rabb...  -musafir lalu- isnin 23 r.awal 1434 (4/2/13)

Biografi Agung Rasulullah SAW

Tajuk postku kali ini sebenarnya tajuk buku yang dikarang oleh ust Rusydi Ramli al-jauhari. memang best sangat dan bisa membuatkan air mata sentiasa gugur merindui kekasih Allah. Banyak sangat ilmu baru yang dapat kucedok dari buku ini, dan yang pasti menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah. Malah ia menjadi bukti cinta kita pada Rasulullah. Sangat-sangat digalakkan untuk anda memilikinya juga. Tak kenal maka tak cinta. Sedangkan kita wajib mencintai Rasulullah. Bahkan tidak sempurna iman seseorang muslim itu jika tidak mencintai Rasulullah lebih dari ahli keluarganya. Jom kawan-kawan.